November 21, 2009 oleh kelantaniah
Adat
Duduk rehat didalam masjid
Makan hanya sekadar makan
Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang
Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis
Bermake up supaya muka kelihatan cantik tiruan
Ibadat
Iktikaf didalam masjid
Makan supaya badan kuat untuk beribadat
Berkahwin kerana sunnah&menjauhi maksiat
Bertudung lantaran akur dengan perintah Allah
Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya&kecantikan asli pada wajah
Dikirim dalam Kata-Kata Hikmah | Tagged adat, asli, bujang, iktikaf, kahwin, makan, make up, tiruan, tudung, wuduk | Leave a Comment »
November 20, 2009 oleh kelantaniah
Bala sentiasa turun kepada orang yang berdosa agar ianya bertaubat. Ujian juga sentiasa menduga orang beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepada Allah
Dikirim dalam Kata-Kata Hikmah | Tagged dugaan, iman, taubat, ujian | Leave a Comment »
November 19, 2009 oleh kelantaniah
Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta
Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!
Dikirim dalam Kata-Kata Hikmah | Tagged lupa, malaikat, Manusia | Leave a Comment »
November 17, 2009 oleh kelantaniah

1) Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.
2) Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
3) Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.
Sabda Rasulullah SAW “mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT ( mimpi yang baik ), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi”
Dikirim dalam Umum | Tagged erti, mimpi, petanda | Leave a Comment »
November 16, 2009 oleh kelantaniah
Dalam keadaan huru hara itu tentera Muslimin tidak dapat dikawal lagi. Banyak tentera Muslimin mati dalam serangan tentera Quraisy. Rasulullah sendiri berada dalam keadaan yang sangat bahaya.
Tentera Quraisy pula telah menghebahkan perkhabaran palsu mengatakan baginda telah terbunuh dalam peperangan itu. Keadaan inilah yang menyebabkan tentera Muslimin bertambah kucar-kacir.
Ramai di antara orang Islam yang mula berputus asa apabila mendengar khabar angin tersebut. Tetapi mereka terus berhadapan dengan musuh sehingga ke saat akhir.
Sesetengah daripada tentera Muslimin yang mengetahui kedudukan sebenar hanya bertahan semata-mata untuk menjaga keselamatan Rasulullah.
Berita palsu itu jugalah yang menyebabkan tentera Quraisy menghentikan serangan terhadap tentera Muslimin. Mereka berasakan cita-cita mereka sudah berjaya kerana Rasulullah sudah dibunuh. Manakala baginda telah melarang seorang sahabatnya daripada memberitahu tentera Muslimin bahawa baginda masih hidup.
Baginda berbuat demikian dengan tujuan supaya tentera Quraisy percaya kepada perkhabaran itu dan berundur dari medan peperangan.
Ramai tentera Muslimin yang terkorban, iaitu lebih daripada 70 orang. Rasulullah bersama sahabat-sahabatnya seperti Abu Bakar, Umar dan Ali telah berjuang bermati-matian.
Baginda sendiri mendapat luka dan sebatang gigi baginda telah patah. Mereka telah menunjukkan keberanian dalam peperangan itu. Kota Madinah akhirnya tidak berjaya ditawan oleh tentera Quraisy.
Setelah selesai peperangan itu, mayat tentera-tentera Islam yang gugur dalam peperangan tersebut dikumpulkan di suatu tempat. Rasulullah sendiri menyembahyangkan mayat-mayat itu dan baginda kemudiannya memerintahkan tentera Muslimin mengkebumikan mayat-mayat tersebut.
Peristiwa kekalahan dalam peperangan Uhud ini menyebabkan tentera-tentera Muslimin lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan musuh terutamanya kaum Quraisy yang menentang Islam.
lPetikan daripada buku 366 Kisah-kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
Petikan dari : http://www.utusan.com.my
Dikirim dalam KIsah DAn TEladan | Tagged berita palsu, kewafatan, Rasulullah | Leave a Comment »