10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Hadis Ketiga

 ” Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Islam itu didirikan atas lima ( perkara ) – Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. “

SUSUNAN MAKMUM

  1.  Kalau makmum hanya seorang sahaja, hendaklah dia berdiri di sebelah kanan imam.

  2. Kalau para jemaah itu berdiri dari sebelah saf termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak,  maka hendaklah saf pertama mestilah terdiri daripada makmum lelaki , saf kedua mestilah kanak-kanak dan saf ketiga, makmum perempuan

BEKALKAN DIRI SEBELUM MENEMUI ALLAH S.W.T

  • Manusia hanya mempunyai nafas yang dapat dihitung, harapan yang panjang dan kehidupan yang terbatas. Maka tidak diragukan lagi bahawa saat kehidupan akan lenyap, hitungan nafas pun akan habis dan harapan pun pasti lenyap.

                                                                                             – ALI BI ABI TALIB –

  • Seseorang yang hidup di dunia ini hanya bagaikan sasaran anak panah yang kemudian ia akan segera mati dan bagaikan barang rampasan yang akan segera ditimpa berbagai bencana. Seseorang hamba tidak memperolehi kenikmatan melainkan dengan meninggalkan kenikmatan yang lain. Ia pun tidak akan menemui satu hari dari umurnya kecuali dengan meninggalkan hari lainnya dari ajalnya. Oleh kerana itu bekalkan diri.

                                                                                               – ALI BI ABI TALIB –

*** Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah ***

Assalammualaikum……
 
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi
sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..
 
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan…either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu  tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …
 
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
 
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …
 
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik…sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
 
“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.
 
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…
 
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing. Wallahu A’lam…