Hadis Kesembilanbelas

Hadis Kesembilanbelas :

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : ” Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda :

‘ Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah

( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. ‘

Advertisements

Hadis Kelapanbelas

  Hadis Kelapanbelas :Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : ” Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. “

Hadis Ketujuhbelas

Hadis Ketujuhbelas :

Dari Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ” Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. “

Panduan untuk wanita yang bekerja menurut Dr Yusuff Qardhawi

Panduan untuk wanita yang bekerja menurut Dr Yusuff Qardhawi
WANITA BEKERJAoleh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Soalan : Apakah hukumnya seorang wanita bekerja? Maksud saya ialah bekerja di luar rumah sebagaimana kaum lelaki. Adakah harus bagi wanita untuk turut terlibat sama memberi saham meningkatkan produktiviti, pembangunan dan juga aktiviti di dalam masyarakat? Atau adakah wanita itu hanya layak untuk terkurung serta bekerja di dalam linkungan rumah sahaja? Islam sebagaimana yang kami tahu adalah agama yang memuliakan kaum wanita serta lebih dahulu memberikan kepada mereka hak- hak kemanusiaan sebelum daripada Barat. Oleh yang demikian tidakkah perkerjaan itu juga anyara hak wanita yang akan memelihara air mukanya serta kehormatannya daripada menjadi barang murahan?

Mengapa wanita tidak turut menyertai medan kehidupan sebagaimana yang dilakukan oleh wanita Barat telah berjaya menajamkan keperibadiannya, memperolehi haknya serta memberi saham dalam memajukan masyarakatnya? Kami ingin mengetahui batasnya syarak untuk setiap pekerjaan yang diharuskan bagi kaum wanita Muslimah yang mana meskipun mereka bekerja, akan tetapi mereka tidak sekali- kali mengadaikan agama atau melalaikan segala tanggungjawabnya. Kalau boleh biarlah keterangan itu nanti jauh daripada sikap- sikap melampau yang melarang keras wanita daripada menuntut ilmu, bekerja dan keluar daripada rumah sekalipun ke masjid! Di samping itu, ia juga hendaklah jauh daripada segala pandangan yang bermudah- mudah; seolah- olah mahu membebaskan wanita Muslimah daripada segala ikatan sehingga menjadi barangan murahan di pasaran. Apa yang kami mahukan ialah hukum syarak yang sahih. Muslimah yang belajar.

Jawapan:

Wanita adalah manusia sebagaimana juga lelaki. Ini kerana kejadian kedua- duanya itu adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:

“Setengah kamu ( adalah keturunan) dari setengahnya yang lain.” ( Ali – Imran: 195)

Oleh kerana manusia adalah makhluk yang hidup, maka adalah menjadi tabiatnya untuk sentiasa berfikir dan juga bekerja. Tanpa kedua- dua ini, ia tidak akan menjadi manusia. Dan Allah (s. w. t) sendiri menjadikan manusia itu adalah untuk bekerja. Malah Allah tidak akan menjadikan manusia melainkan untuk di uji siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Oleh itu wanita di taklifkan untuk melakukan kerja- kerja yang baik sebagaimana ia juga di taklifkan ke atas lelaki. Dari sudut ganjaran pahala amalan yang dilakukan oleh wanita juga adalah sama sepertimana lelaki. Firman Allah: Maksudnya:

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: ” Sesungguhnya Aku tidak akan sia- siakan amal orang- orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan”. (Ali- Imran: 195)

Bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah ia juga turut memperolehi habuannya di dunia. Firman Allah: Maksudnya:

“Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik”. ( An-Nahl: 97)

Wanita juga sebagaimana yang selalu disebut adalah sebahagian daripada masyarakat. Adalah suatu yang tidak logik jika Islam membantutkan separuh daripada masyarakatnya sendiri, menghukumnya sebagai kolot atau tidak berkeupayaan dan mengabaikan hak- haknyanserta mengeksploitasi kebaikan yang ada padanya tanpa memberinya sesuatu yang positif.

Sesungguhnya tiada lagi pekerjaan yang lebih utama dan agung bagi wanita selain daripada mendidik generasi. Tugas terssebut tidak ada seorangpun yang menyaingi atau cuba merampas daripadanya.

Untuk memikul tugas tersebut, Allah (s.w.t) telah memperlengkapkan wanita dengan persiapan fizikal dan juga spiritual. Dengan sebab itu adalah tidak wajar bagi wanita untuk menyibukkan tugasnya yang besar itu dengan material dan juga perkara- perkara lain walau apa sahaja keadaan sekalipun. Tambahan pula tiada seorang pun yang dapat mengambil alih tempat wanita untuk melaksanakan tugas yang sangat besar ini. Apatah lagi generasi kecil itu merupakan penentu kepada masa depan sesuatu ummah di samping ia sendiri merupakan sebesar- besarnya aset kepada manusia ( human resources). Kerja- kerja wanita yang lain termasuklah memelihara rumahnya, menggembirakan suaminya serta membentuk sebuah keluarga bahagia yang berdiri di atas asas ketenangan dan juga kasih sayang. Di dalam suatu hadis dinyatakan bahawa wanita melayani suaminya, maka perbuatannya dikira sebagai jihad fi sabilillah.

Ini tidaklah bermakna bahawa pekerjaan wanita diluar rumah itu adalah haram. Tanpa nas syarak yang benar- benar sahih serta jelas hukumnya, seorang tidak boleh untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana asal kepada sesuatu perkara atau tindakan adalah harus. Berdasarkan asas inilah kami menyatakan bahawa:

Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang- kadang ia menjadi harus dan kadang- kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam keadaan yang benar- benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya janda atau wanita- wnita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang dapat menahannya daripada meminta- minta.

Kadang- kadang keadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk bekerja seperti membantu suaminya memelihara anak-anaknya ataupun saudaranya yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana kisah yang disebut di dalam surah al- Qasas mengenai dua orang anak nabi Syuaib yang telah membantu bapanya mereka memelihara kambing. Firman Allah: Maksudnya:

“Mereka menjawab: ” Kami tidak memberi minum (kambing- kambing) sehingga penggembala- penggembala itu membawa balik binatang ternakan masing- masing, dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.” (Al- Qosos: 23)

Begitu juga Asma’ binti Abu Bakar yang digelar ” empunya dua tali pinggang” turut membantu suaminya iaitu Az- Zubair bin al- ‘ Awwam memelihara kudanya, menyiram tamar malah dia sendiri yang menjujung air di atas kepalanya daripada kota Madinah hinggalah sampai ke kebunnya.

Kadang- kadang masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti menjadi jururawat ataupun doktor kepada kaun sejenisnya, mendidik dan tugas- tugas lain yang khusus bagi wanita. Ketika melaksanakan tugasnya itu, adalah lebih baik jika dia hanya bergaul dengan kaum sejenisnya dan bukan dengan kaum lelaki. Ini kerana lelaki hanya dibenarkan mendapatkan khidmat daripada wanita di dalam keadaan dhorurah sahaja.

Kebenaran itupun adalah terhad pada perkara yang berkaitan dengan keperluan sahaja. Sekiranya kami katakan bahawa harus bagi wanita untuk bekerja, maka keharusan itu hendaklah terikat dengan beberapa syarat:

Pekerjaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalah kerja yang halal. Atau dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau yang boleh menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana- mana Pengarah yang dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk bersunyi- sunyian dengannya, menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu, menjadi pelayan bar yang menghidangkan arak di mana Rasulullah (s.a.w) telah melaknat orang yang menghidang, membawa dan menjualnya, menjadi pramugari yang antara tugasnya ialah menghidangkan arak di samping terpaksa bermusafir dan menginap di negara orang yang terlalu asing tanpa di sertai dengan muhrimnya dan apa sahaja kerja yang diharamkan kepada wanita khususnya dan yang diharamkan kepada kedua- duanya; lelaki ataupun wanita.

Dia hendaklah memelihara adab sebagai seorang wanita Muslimah sama ada di sudut cara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya. Firman Allah: Maksudnya:

“Dan katakanlah perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”… ” Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Al- Ahzab: 32)

Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan- kewajipannya yang lain. Ini termasuklah kewajipan terhadap suami dan juga anak- anak. Ini kerana tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja yang utama.

Wabillahi taufiq.

LAPAR DAN KENYANG

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk renungan dan amalan bersama.

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada
10 kemudaratan.

LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan
menerangi pengelihatan hati
KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut
dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak
merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya
Allah.

LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di
saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,
hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan
akan memenuhi hati.

LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal
cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat
bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan
dan lupa bala Allah.

LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk
maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan
adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati
manusia.

LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang
dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.
Otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah
kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya
menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada
Allah.

LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit
kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan
makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti
diebetis, taun dan lain-lain.

LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan
ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk
mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara
menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain
terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain
seterusnya
menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Sahabatku sekalian,
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan
berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada
terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.
Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.
Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.
Berusaha, berjaya! wallahua'lam..