ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan
insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita
perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika
berduka cita dan teman untuk berkongsi
segala-galanya.Kadang-kadang hidup ini terasa
kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang
terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah
lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya
bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau
‘Al Waduud’ itu, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa,
rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh
direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha
untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang
hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi
dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai
malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terahd dan ada kepentingan. Isteri
cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu
mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala
sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan
ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun allah yang Maha Pencipta mencintai
hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah
hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang
mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya,
yang sombong dan memang tidak mahu langsung
mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang bleh mengaku dan berikrar bahawa dia
mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat
mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan
Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara
hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang
yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi,
suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah
lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah
bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas
dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan
kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana
mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih
utama.

Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman
kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan
melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu
kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang
fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia
berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling
bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga
batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi
keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah
melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang
yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan
mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam
Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah,
berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya
Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
Surah: Ali Imran. Ayat:146.

“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan
diri.”
Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222

Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan
mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi
akan turut mencintainya. dia menjadi kekasih Allah
manakala orang yang mencintainya turut mendapat
kecintaan daripada allah pula. Orang yang mendapat
kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di
dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta
dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak
mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu
dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat
balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di
Akhira, di dunia lagi, terasa di hati balasan
cintaNya

3 thoughts on “ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA

  1. Artikel ini memberi mengingatkan kita sejauhmana cinta kita pada Allah, mengingati kita tentang cinta pada manusia jangan melebihi cinta kita pada Allah. namun adakalanya manusia lupa dan leka untuk mencintai Allah dan Rasul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s