Kelebihan Surah Yassin

 Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM ”
 diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
 semua hajatmu akan dikabulkan.
 Jika boleh niatkan sebegini:
  1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

  2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

  3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

  4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

  5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
 
  6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

  7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.

 Sampaikan dakwah ini kepada sahabat2 anda, tiada kerugian bahkan digalakkan.
 Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar….

16 thoughts on “Kelebihan Surah Yassin

  1. Alhamdulillah…

    tapi saya ada soalan. Masa saya duduk di hostel dulu, tiap2 malam Jumaat kami akan baca Yasiin. Pada mulanya kami memang mengulang2 bacaan ayat ke 58 tu…

    tapi bila ada seorg ustaz ni dtg utk bg ceramah agama slps bacaan Yasiin tu..diaada cakap pasal tak ada dalil yg menyatakan perkara ni..

    Macam mana tu ya?

  2. Ya…sememangnya tiada kelebihan tertentu dalam membaca Surah Yaasin tetapi ada kelebihan yang lain iaitu sebagai salah satu surah daripada Al-Quran.

    Sesiapa yang membaca Al-Quran akan diberikan pahala oleh Allah S.W.T tidak kira apa surah sekalipun tetapi mestilah ikhlas dan bacaan juga hendaklah baik dari segi sebutan dan tajwid…

  3. salam…..tiada salahnya nak ulang-ulang baca ayat quran/yaasin…kan bagus tu…ke tak bagus? ada dalil kata tak boleh atau tak bagus?…ramai para ulama sufi yg apabila dapat petunjuk(bukan berdasarkn hawa nafsu) mereka amal perkara tersebut dan dapat kelebihan tertentu…dgn izin Allah jua…tu salah satu cara berdoa juga…bukan perkara usul/aqidah..perkara khilaf je..apa salah nak amalkan? maaf..terima kasih..wasalam

  4. assalamualaikum…
    terima kasih atas info. saya selalu baca yassin 5 @7 kali, tapi baru kali ni tahu pada setia sebutan itu erlu dilafazkan dengan niat.. terima kasih..

  5. assalamualaikum, hehe kan ke Rasulullah prnah brsabda. Surah Yassin tu kan hati Al-Quran, baca je dengan niat dan yang ikhlas, tuhan kan maha mengetahui segala apa yang ada didalam isi hati kite org, dan dia lagi maha penyayang. Semua tu di nilai dari niat kite ;D janganla diragui hati dah berniat baik demi tuhan😀 mudah2an kami semua tidak putus dari rahmat mu ya Rabbilakalhamdu. Amin

  6. assalamualaikum, hehe kan ke Rasulullah prnah brsabda. Surah Yassin tu kan hati Al-Quran, baca je dengan niat dan yang ikhlas, tuhan kan maha mengetahui segala apa yang ada didalam isi hati kite org, dan dia lagi maha penyayang. Semua tu di nilai dari niat dan hati kite ;D janganla diragui hati dah berniat baik demi tuhan😀 mudah2an kita semua tidak putus dari rahmat mu ya Rabbilakalhamdu. Amin

  7. assalamualaikum, hehe kan ke Rasulullah prnah brsabda. Surah Yassin tu kan hati Al-Quran, baca je dengan niat dan hati yang ikhlas, tuhan kan maha mengetahui segala apa yang ada didalam isi hati kite org, dan dia lagi maha penyayang. Semua tu di nilai dari niat dan hati kite ;D janganla diragui hati dah berniat baik demi tuhan😀 mudah2an kita semua tidak putus dari rahmat mu ya Rabbilakalhamdu. Amin

  8. Assalamualaikum wbt..
    Saya Elle, seorang hamba Allah yang selalu dipandang hina oleh masyarakat dek perawakan saya sebagai seorang transeksual.. Namun saya sentiasa tekadkan hati saya dan terima dugaan Allah ini dengan melakukan solat 5 waktu, berzikir, melakukan solat2 sunat yang saya mampu.. Paling menenangkan saya ialah apabila saya membaca ayat2 suci al-quran.. Surah yaasin dan al-mulk sentiasa menjadi teman saya sebelum saya tidur setiap malam.. Hasilnya, alhamdulillah.. Allah berikan saya hidayah dan jauhi saya daripada kemaksiatan yang sentiasa menggoda saya.. Walaupun saya tidak mampu mengubah naluri songsang saya untuk mencintai wanita, namun sekurang2nya saya berupaya melawan hasutan syaitan yang sentiasa menjadi ujian maha hebat untuk insan transekseual seperti saya ini.. Sesungguhnya Allah tidak pernah melihat siapa dan rupa hambanya tapi Dia melihat hati hamba2nya yang memuji kebesaranNya.. Wallahuallam..
    Wassalam..

  9. Assalamualaikum, Saya pernah terkena penyakit agak pelik sikit iaitu kudis dibadan. Bermacam cara saya cuba ubati , cara kampung dan juga hospital pakar .Namun tidak juga sembuh . Saya telah menderita selama lebih kurang dua tahun. Akhir sekali saya telah mendengar dari seorang sahabat menyatakan baca 10kali sehari surah yassin. Saya telah amalkan bacaan yassin10kali setiap hari sehingga hari ke7. Dengan izin Allah penyakit saya telah sembuh sepenuhnya. Sekarang saya yakin ayat ayat Quran dapat menyembuh penyakit. Wallahuallam….

  10. Baca je apa yang kita suka. Tak salah pun. Nak ulang-ulang satu ayat pun tak salah. Itu lebih baik dari tak buat langsung. Terutama bagi orang yang sibuk. Nak baca satu surah sukar lah sikit. Kalau dah sukar kena lah baca yang pendek-pendek dan senang. Sambil berjalan pun boleh baca. Yang penting kita pandai menafaat apa yang kita tahu dan apa ayat kita suka. Masaalah kita sekarang ialah banyak sangat bertanya seolah-olah kita mesti bertanya semacam kita tak boleh berfikir sendiri. Akal Allah bagi pada kita kenalah guna sepenuhnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s