1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta
padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’.
Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.
Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang
berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh
pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros
merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini
menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh
orang
ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai
jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu
dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih
cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej
dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai
bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar
penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh
setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai
dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah
dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih
menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA

Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang
atau ingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk
melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga
segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap
orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu
tanpa
membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka.
Perhatikan
kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan
diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu
tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi
beberapa cabaran dalam hidup.

16 thoughts on “1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

  1. Pingback: 1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA « Mylove’s Weblog

  2. salam.. masa sy kecik2 arw.ayah selalu mandi kan sy ng bunga………..xtau ngapa n l pun xpernah tya mungkin sebab muka sy yg hodoh ni kut…

  3. aQ sUkE bUNga rOs mEraH, , ,aQ pEnaH dapaT bUNga rOs pUtiH. . . . . . .aQ nk tgOk gaMBar buNGa 2, , , ,bLEh tLoNg tnJukKN? ? ? ?

  4. huhuuu…sayalah org yg paling kesian tu ye…
    saya tak tau langsung maksud2 bunga ni…
    saya tak pernah dapat bunga dan memang tak minat dgn bunga.

    Apa2pun thanks sbb letak maklumat ni..manalah tau nanti saya boleh gunakan..

    InsyaAllah…

  5. sy nak tahu apa makna,disebalik 6 kuntum bunga ros merah dan 6 kuntum bunga ros putih…..??pabila kita memberikan pda org yg amat kita sayangi dan dicintai..?

  6. saya nk tahu lebih bnyk tntg bunga tulip,,sebab sekarang saya sedang membuat researh tentang bunga tulip..untuk assgmnt sayer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s