Hak Kedua Ibu Bapa

 Hak Kedua Ibu Bapa 

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:

Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ayah bondanya lalu pagi-pagi ia taat, baik kepada keduanya melainkan Allah membukakan untuknya dua pintu syurga. Dan tidak mungkin Allah redho kepadanya jika salah satu ayah atau ibunya murka kepadanya, sehingga mendapat redho kepada ayah bondanya.  Ditanya;  “Meskipun orang itu zalim?”   Jawabnya; “Meskipun zalim”

Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata;

Nabi Musa a.s berdoa;
“Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.
Firman Allah; “Aku wasiatkan kepadamu taatlah kepada ibumu”.
Kemudian berkata; “YA Tuhan,   pesanlah kepadaku”.
Firman Allah; Aku pesan kepadamu taatlah kepada ibumu”.
Kemudian berkata; Ya Tuhan, pesanlah kepadaku”.  Jawab Allah; “Aku pesan supaya taat kepada ibumu.
Musa berkata; “Wasiatkan kepadaku”.
Firman Allah; “Aku wasiatkan kepadamu taatlah kepada ayahmu”.

Abdullah bin Umar r.a. berkata;

Seorang datang kepada Nabi SAW. dan berkata; “Saya ingin berjihad(Perang fisabilillah).  Nabi SAW. bertanya; “Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup?”.  Ya kedua-duanya. Sabda Nabi SAW.; “Di dalam melayaninya harus berjihad”.

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada kedua orang tua lebih besar daripada jihad fisabillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua, dan berjihad.  Kerana  itu,  maka seseorang tidak boleh keluar untuk jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata;

Saya tanya pada Nabi SAW.; “Ya Rasulullah,  siapakah yang harus saya taat?”.
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”.
Kemudian siapakah?.
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”.
Kemudian siapakah?
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”
Kemudian siapakah?
Jawab Nabi SAW.; “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dekat dari kerabat”.

Abu-Laits Assamarqandi berkata;

Andaikan Allah tidak menyebut kewajiban berbakti kepada kedua orang tua itu dalam Al-Qur’an,  dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada  kedua orang tua itu Wajib.  Kerana itu diwajibkan seseorang yang berakal harus mengerti  kewajiban terhadap kedua orang tua,  lebih-lebih lagi Allah telah menekankan perkara ini dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an; juga telah diwahyukan kepada semua nabi-nabi bahawa redho Allah tergantung kepada redho kedua orang tuanya dan murka  Allah tergantung pada murka   kedua ibu-bapanya.

Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandingan.  Allah tidak menerima yang satu tanpa gandingannya;
 

  • 1. ” Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat”.  Maka siapa sholat tidak zakat tidak akan diterima.
  • 2.  Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah SAW.” maka tiodak akan diterima taat kepada Allah jika tidak dengan gandingannya iaitu taat kepada Rasulullah SAW.
  • 3.  Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu”.  maka siapa yang syukur kepada Allah dan tidak syukur   kepada kedua orang tuanya, tidak akan diterima.

Satu ketika Nabi SAW. pernah ditanya: Apakah amal yang utama ?. Baginda menjawab;

“Sembahyanglah pada waktunya.  Kemudian taat kepada kedua ibu bapa. Kemudian jihad fisabilillah”

Farqad Assinji berkata;

‘Saya telah membaca di dalam kitab bahawa anak tidak boleh berbicara di hadapan orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh berjalan di hadapan atau di kanan kirinya, kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan di belakang keduanya sebagaimana hamba sahaya di belakang penghulunya”.

Seorang datang kepada Nabi SAW. dan berkata;

Ya Rasulullah,  Ibuku kini mengingau di tempatku. Maka akulah yang memberi makan minum dengan tanganku yang mewudhuinya dan mengangkatnya di atas bahuku.  Apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?.  Jawab Nabi SAW.; Belum, belum satupun dari jasa-jasanya(satu persen dari jasa-jasanya).  Tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah akan memberi pahala kepadanya yang besar dan banyak terhadap amalmuu yang sedikit.

Hisyam bin Urwah dari ayahnya dan neneknya berkata;

Terlulis di dalam hikmat; Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya, terkutuk siap yang merintangi agama Allah, terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan.  Terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain daripada Allah. Terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda di ajalan bumi ini atau di batas-batas  tanah.

Ibn Abbas ketika mengartikan ayat firman Allah dalam Surah Al-Isra:ayat 23 dan 24 seperti berikut;

“Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik). Apabila telah tua salah satunya atau keduanya di sisimu, maka jangan menunjukkkan sifat atau sikap jemu atau berkata; Cih, kepada keduanya, umpama jika kau sampai membuangkan kencing atau tahi ibu atau ayah maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu di masa kecil.  Dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut secara sopan santun ramah-tamah dan hormat”.(Al-Isra’:23)

Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya; “Ya Tuhan, kasihanilah kedua ibu-bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku di masa kecil”. (Al-Isra’:24).

Seorang dari suku Bani Salimah datang kepada Nabi SAW. dan bertanya;

Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?.  Jawab Nabi SAW.;

“Ya, membacakan istigfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungkan keluarga dari keduanya.

Wallahu A’lam.

Advertisements

Hadis Keduapuluh Lapan

Hadis Keduapuluh Lapan :

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : ” Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ‘ Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ‘ Sabda Rasulullah SAW : ‘ Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari perkara-perkara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan. ‘

Waktu haram Solat

Waktu haram Solat ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins=7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10 min sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Hadis Keduapuluh Tujuh

Hadis Keduapuluh Tujuh :
Dari An-Nawwas bin Sim’an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : ” Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma’bad r.a : ” Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya : ‘ Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ‘ Aku menjawab : ‘ Ya ‘. Sabda Rasulullah SAW lagi : ‘ Tanyalah hati engkau. ‘ Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.’ “

Kecantikan Lelaki

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada
pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.