Puasa enam gilap ibadat Ramadan

Agama – Puasa enam gilap ibadat Ramadan
Oleh Wan Aminurrashid

UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan
dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama
sebulan dan merayakan Aidilfitri.
Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud *peningkatan*. Ini bermakna frekuensi
ibadat umat Islam yang melaksanakan puasa dengan penuh keimanan dan
keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal sesudah
Ramadan. Ini wajar kerana dengan latihan sebulan pada Ramadan dapat
dijadikan pelajaran yang bermanfaat.

Umat Islam yang berjaya dengan baik menghadapi puasa akan lahir sebagai
*pemenang* Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yang
berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yang berterusan selepas
Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma
enam hari, yang dikenali dengan puasa enam. Allah SWT sebenarnya ingin
menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan
walaupun hanya sekadar enam hari. Rangsangan kepada mereka yang berpuasa
enam ialah ganjaran yang besar seperti mana Nabi Muhammad bersabda: *Sesiapa
berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari pada
Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun penuh.* * (Muslim).

Hikmah atau rahsia puasa enam hari Syawal untuk mendidik kesabaran kita,
tidak menjadikan hari raya sebagai sebagai medan atau masa membalas dendam
iaitu dengan makan makanan lazat sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia
juga memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih
sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam
bermula pada tanggal 2 Syawal kerana pada saat itu, godaan makanan melimpah
ruah menerusi rumah terbuka. Matlamat puasa ialah melahirkan takwa. Jadi
selepas Ramadan habis, bukan bermakna berakhir suasana ketakwaan kepada
Allah SWT tetapi kita harus membuktikan ibadat Ramadan dengan peningkatan
ketakwaan kepada Allah.

Oleh kerana Syawal bererti peningkatan, maka di sinilah letaknya kepentingan
memelihara nilai ibadat Ramadan, terutama dalam memelihara ketakwaan kepada
Allah SWT.

Selepas selesai menyambut kemenangan pada Aidilfitri, bukan bermakna
berakhir perjuangan kita. Menurut pendapat hukama*, seseorang yang mahukan
buah daripada pokok yang ditanamnya, maka ia perlu merawat (menjaga) dengan
cara menyiram sehingga akarnya dapat diserapi air dan menyebabkan daun-daun
tidak kering dan layu. Apabila pokok tidak disiram maka daun dan batangnya
akan layu dan kering, sementara buah yang diharapkan pasti tidak akan
muncul. Demikianlah suasana raya. Selepas umat Islam menyambut lebaran
dengan segala kegembiraan dan saling bermaaf-maafan, diharapkan mereka tidak
lagi melakukan kesalahan dan kejahatan pada hari berikutnya. Ini kerana
seseorang yang benar-benar dilatih menerusi Ramadan akan meninggalkan kesan
positif dalam usaha membentuk insan muttaqin.

 ***************************************************************************************

KeBahaGiAan YAgN TiDak AdA KaITan DenGaN KEbAhAgiAaN ORang LaiN ADalAh KeBAhaGIaAn YAnG PALSU

AL-QUR’AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."


Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan irinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Semuga memberi manafaat.

Hadis Keempatpuluh

Hadis Keempatpuluh :

Dari Ibn Umar r.a., katanya : ” Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ‘ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “