Hadis Ketigapuluh

Hadis Ketigapuluh :

Dari Abi Tsa’labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : ” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. “

Advertisements

One thought on “Hadis Ketigapuluh

  1. Di dalam kitab Al Wafi, ulama’ telah mentafsirkan hadis ini sebagai hadis yang hebat, kerana Nabi SAW. telah membahagikan agama ini kepada empat perkara:
    yang pertama – Perkara-perkara wajib.
    yang kedua – Had, atau batasan-batasan yang tidak boleh di ceroboh oleh manusia.
    yang ketiga – perkara-perkara haram.
    yang keempat – perkara-perkara yang dibiarkan tanpa penjelasan hukum.

    Perkara yang wajib atau fardu seperti solat lima waktu, puasa bulan ramadhan, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, tolong menolong dalam urusan kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran adalah perkara yang mesti dilakukan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. mereka tidak boleh mengabaikannya, kerana mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti di hadapan Rabbul Jalil.

    Batasan-batasan yang tidak boleh diceroboh oleh manusia ialah perkara yang telah peruntukan hukuman khusus oleh Allah SWT. Hukuman itu adalah hukuman yang keras yang bertujuan untuk menghindarkan manusia dari melakukannya, kerana ia dikira sebagai jenayah yang berat dalam Islam. Perkara ini telah dibahagikan oleh ulama kepada 6:
    1. Minum Arak – Rotan sebanyak 40 kali.
    2. Berzina – Rotan sebanyak 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi mereka yang telah berkahwin.
    3. Qazaf – Rotan sebanyak 80 kali dan tidak akan diterima penyaksianya untuk selama-lamanya.
    4. Mencuri – Potong tangan.
    5. Merompak – Potong tangan dan kaki secara bersilang.
    6. Murtad – Bunuh.

    Perkara-perkara yang haram ialah perkara yang jika dilakukan oleh seseorang menyebabkan dia mendapat dosa dan kemurkaan dari Allah seperti mendedah aurat, berbohong, saksi palsu, makan riba, memakan harta anak yatim, berjudi dan sebagainya.

    Perkara-perkara yang dibiarkan tanpa penjelasan yang ditil, bukan membuktikan Allah itu lupa, bahkan ianya sebagai rahmat kepada seluruh manusia. Ini menunjukan bahawa Agama Islam adalah agama yang senang dan mudah serta tidak menggalakan ummatnya untuk mengkaji sesuatu yang tidak memberi faedah kepadanya. termasuk dalam hal ini ialah cara binatang bertasbih dan beristighfar sebagaimana yang telah dikhabarkan dalam ayat-ayat al Quran dan Hadis, bagaimana Allah Bersemayam di atas Arasy dan ayat-ayat mutasyabihat. Allah tidak menjelaskan perkara tersebut dengan lebih mendalam, kerana ia tidak akan memberi faedah yang besar kepada manusia dan sepatutnya manusia itu banyak menghabiskan masanya untuk melakukan amal ibadah yang lain.

    Hadis ini mestilah dihayati dengan betul-betul dan perlu dijadikan panduan dalam melayari kehidupan seharian, kerana ia akan menyebabkan orang yang beramal dengannya akan termasuk dalam golongan orang yang benar-benar beriman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s