Puasa enam gilap ibadat Ramadan

Agama – Puasa enam gilap ibadat Ramadan
Oleh Wan Aminurrashid

UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan
dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama
sebulan dan merayakan Aidilfitri.
Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud *peningkatan*. Ini bermakna frekuensi
ibadat umat Islam yang melaksanakan puasa dengan penuh keimanan dan
keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal sesudah
Ramadan. Ini wajar kerana dengan latihan sebulan pada Ramadan dapat
dijadikan pelajaran yang bermanfaat.

Umat Islam yang berjaya dengan baik menghadapi puasa akan lahir sebagai
*pemenang* Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yang
berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yang berterusan selepas
Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma
enam hari, yang dikenali dengan puasa enam. Allah SWT sebenarnya ingin
menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan
walaupun hanya sekadar enam hari. Rangsangan kepada mereka yang berpuasa
enam ialah ganjaran yang besar seperti mana Nabi Muhammad bersabda: *Sesiapa
berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari pada
Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun penuh.* * (Muslim).

Hikmah atau rahsia puasa enam hari Syawal untuk mendidik kesabaran kita,
tidak menjadikan hari raya sebagai sebagai medan atau masa membalas dendam
iaitu dengan makan makanan lazat sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia
juga memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih
sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam
bermula pada tanggal 2 Syawal kerana pada saat itu, godaan makanan melimpah
ruah menerusi rumah terbuka. Matlamat puasa ialah melahirkan takwa. Jadi
selepas Ramadan habis, bukan bermakna berakhir suasana ketakwaan kepada
Allah SWT tetapi kita harus membuktikan ibadat Ramadan dengan peningkatan
ketakwaan kepada Allah.

Oleh kerana Syawal bererti peningkatan, maka di sinilah letaknya kepentingan
memelihara nilai ibadat Ramadan, terutama dalam memelihara ketakwaan kepada
Allah SWT.

Selepas selesai menyambut kemenangan pada Aidilfitri, bukan bermakna
berakhir perjuangan kita. Menurut pendapat hukama*, seseorang yang mahukan
buah daripada pokok yang ditanamnya, maka ia perlu merawat (menjaga) dengan
cara menyiram sehingga akarnya dapat diserapi air dan menyebabkan daun-daun
tidak kering dan layu. Apabila pokok tidak disiram maka daun dan batangnya
akan layu dan kering, sementara buah yang diharapkan pasti tidak akan
muncul. Demikianlah suasana raya. Selepas umat Islam menyambut lebaran
dengan segala kegembiraan dan saling bermaaf-maafan, diharapkan mereka tidak
lagi melakukan kesalahan dan kejahatan pada hari berikutnya. Ini kerana
seseorang yang benar-benar dilatih menerusi Ramadan akan meninggalkan kesan
positif dalam usaha membentuk insan muttaqin.

 ***************************************************************************************

KeBahaGiAan YAgN TiDak AdA KaITan DenGaN KEbAhAgiAaN ORang LaiN ADalAh KeBAhaGIaAn YAnG PALSU

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s