SAMBUTAN MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W.

SAMBUTAN MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sambutan Maulid Nabi merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam sejak berkurun lama di seluruh pelusuk dunia Islam. Perbicaraan mengenai keharusannya juga telah lama dibicarakan sehingga ramai ulama’ telah menulis secara lengkap dalam kitab-kitab mereka tentang keharusan dan galakan majlis ini diadakan. Namun sehebat itu pula pihak yang bertopengkan ulama’ mencemuh majlis seperti ini dengan alasan ia merupakan perkara bid’ah kerana tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w.

Lantaran dari itu, terdapat dikalangan mereka yang mencemuh majlis ini dengan menggunakan kata-kata yang kesat dan biadab, seolah-olah mengadakan majlis maulid Nabi hanya mengundang maksiat dan dosa.

Berkemungkinan kerana inilah, seorang pemuka bid’ah pada zaman ini yang bertugas sebagai tenaga pengajar di Masjid Nabawi, iaitu Abu Bakar al-Jazairi mengatakan sembelihan yang dilakukan untuk menyediakan makanan orang ramai pada hari sambutan Maulid adalah lebih haram daripada daging khinzir.

Malah lebih dari itu, bekas Mufti Arab Saudi al-Marhum Abdul Aziz bin Baz hampir-hampir mengkafirkan orang-orang yang mengadakan majlis Maulid yang diadakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab mereka ‘ al Siyanah al-Insan’ H: 233. Tidak dinafikan, hampir semua umat Islam di seluruh dunia mengadakan sambutan majlis maulid Nabi. Ini bermakna Abdul Aziz bin Baz hampir mengkufurkan seluruh umat Islam melainkan pengikut-pengikut ajaran mereka sahaja.

Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan seorang anggota Majlis Ulama’ Besar Arab Saudi menyebut dalam kitabnya bahawa banyak khutbah-khutbahnya yang mengandungi amaran dari mengadakan majlis sambutan maulid Nabi s.a.w.

Beliau menulis di dalam kitabnya ‘al-Khutub al-‘Asriyyah’ yang dibaca dan sering diulang-ulang oleh sebahagian khatib, “Wahai hamba Allah! sesungguhnya perkara-perkara bid’ah hanyalah merupakan perkara baru di dalam agama yang menukarkan agama Islam kepada agama yang lain. Ia adalah suatu belenggu yang membuang masa, membazirkan harta, meletihkan badan, menjauhkan dari syurga dan mendekatkan kepada neraka, yang pastinya mengundang kemurkaan Allah tetapi orang-orang yang sesat tidak memahaminya, tidaklah amalan mereka tersebut bertambah tetapi sebenarnya mereka menjadi semakin jauh dari Allah dan tidaklah ijtihad mereka dan penat lelah mereka mendapat balasan dan pahala melainkan hanya mengundang kemurkaan Allah.

Golongan Wahabi, mengidupkan isu pengharaman majlis ini hanya dengan satu alasan yang lapuk dan rapuh yang sememangnya tidak boleh diterima pakai lagi. Malah telah berkali-kali alasan mereka tersebut dijawab dengan panjang lebar oleh sebilangan besar ulama’ Islam tetapi mereka masih tetap dengan pendapat dan kedegilan mereka. Ini
memberi kefahaman yang jelas kepada kita, bahawa mereka sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi mencari perpecahan dan mengajak umat Islam membenci syiar-syiar kebesaran Islam.

Sekalipun majlis Maulid Nabi tidak pernah diadakan pada zaman Nabi, tetapi amalan ini dianjurkan oleh Allah dan RasulNya secara umum. Sekali pun tidak ada nas yang nyata menyebut mengenainya tetapi secara tersirat Allah dan RasulNya menyuruh kita merayakan hari-hari peringatan buat kita seperti hari Maulid , Isra’ Mikraj, Nuzul Quran, Hari Asyura dan sebagainya.

Melihat dari sudut pengisian yang diadakan di dalam majlis ini, semua ulama’ bersepakat mengharuskan amalan-amalan yang diadakan. Misalnya, mengumpulkan umat Islam untuk mengingati sirah Rasulullah s.a.w., memuji baginda, mengucapkan salawat dan sebagainya.

Mengadakan majlis untuk memberikan peringatan dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah s.a.w. merupakan majlis ilmu yang menjadi salah satu dari method dakwah untuk melahirkan kecintaan umat Islam terhadap Allah dan RasulNya. Ini secara tidak langsung, menjana penghayatan umat Islam terhadap sunnah Rasulullah s.a.w.

Begitu juga dengan mengucapkan kata-kata pujian dan salawat ke atas Baginda, sememangnya telah menjadi hak Rasulullah s.a.w. Menyediakan makanan untuk orang ramai pula merupakan suatu sedekah yang disunatkan, malah digalakkan kepada umat Islam. Majlis seperti inilah yang sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, kerana memberi peluang keemasan kepada umat Islam untuk melakukan berbagai-bagai kebaikan yang tidak ada pada majlis-majlis yang lain.

Justeru, tidak ada sebab majlis seperti ini menimbulkan keraguan bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sihat sehingga dihukum sebagai bid’ah dan sesat.

Sekalipun, keharusan perkara ini telah lama meniti di bibir ulama’ dan tinta-tinta pena serta tidak putus-putus diperdengarkan kepada umat Islam saban waktu, saya kira masih ada manfaatnya saya menyelitkan perkara ini di dalam artikel ini, memandangkan minat umat Islam semakin merosot terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah ulama’ muktabar.

MENURUT PERSPEKTIF ULAMA’

Ramai di kalangan ulama’ yang menulis secara khusus mengenai keharusan maulid dalam kitab-kitab mereka.

Di antaranya Imam al-Hafiz al-Suyuti. Ketika beliau ditanya tentang hukum mengadakan majlis Maulid Nabi s.a.w. pada bulan Rabi’ul Awwal sama ada dicela atau tidak dan adakah diberikan pahala bagi orang yang menyambutnya, beliau menjawab,” Amalan pokok yang dilakukan di dalam majlis perkumpulan, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, kemudian dibaca sirah-sirah nabi dan kisah-kisah yang berlaku ketika kelahirannya. Setelah itu, mereka makan bersama dan bersurai, tidak lebih dari itu. Amalan seperti ini bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) yang diberikan pahala bagi orang yang melakukannya kerana dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan Nabi s.a.w. dan melahirkan rasa gembira di atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia.

Beliau menceritakan bahawa corang yang pertama menyambut Maulid Nabi s.a.w. ialah seorang raja yang adil di negeri Irbil (berdekatan dengan Syam) bernama Malik Muzaffar Abu Said al-Kukbari.

Beliau membelanjakan sebanyak 300 ribu dinar setiap tahun untuk menyambut Maulid Nabi s.a.w. Beliau merupakan orang yang pertama mengadakan keraian ini secara besar-besaran pada tahun 604 Hijrah dengan dihadiri oleh rakyat jelata yang datang dari segenap tempat.

Manakala Imam Abu Shamah (guru Imam al-Nawawi) menyatakan,”Di antara perkara baik yang dilakukan pada setiap tahun di zaman kami ialah bersepakat pada hari maulid Nabi s.a.w memberikan sedekah, melakukan kebajikan, dan melahirkan kegembiraan dan kesenangan. Dari hal yang demikian, selain dari dapat melakukan kebaikan kepada fakir miskin di dalam majlis tersebut, ia juga diisi dengan rasa kasih terhadap Nabi s.a.w, membesarkannya dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaanNya yang telah mengutuskan seorang Rasul yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam”.

Dari pendapat ulama’ di atas, dapatlah difahami bahawa bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah sayyi’ah (buruk). Mengadakan majlis Maulid Nabi termasuk di dalam kategori bid’ah hasanah kerana majlis yang sangat baik ini diadakan untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi s.a.w. dari rasa kasih ini, seseorang akan lebih terangsang untuk mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. Justeru, ia merupakan suatu amalan yang mendatangkan kebaikan dan diberikan pahala apabila mengerjakannya.

Al Hafiz al-Sakhawi menyatakan bahawa amalan maulid ini mula dilakukan selepas kurun ketiga dan sentiasa diteruskan oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia dan bandar-bandar besar. Mereka bersedekah pada malamnya dengan pelbagai jenis sedekah dan membaca maulid. Maka dari keberkatan majlis ini, terpancar ke atas mereka pelbagai kemuliaan dan kelebihan.

Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebut di dalam kitabnya al-Hawi li al-Fatawa bahawa Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w melaukan ‘aqiqah untuk dirinya selepas dilantik menjadi Nabi. Sedangkan, telah datang hadith menyatakan bahawa datuknya Abdul Muttalib telah melakukan ‘aqiqah untuk Baginda s.a.w pada hari ketujuh keputeraan Rasulullah s.a.w.

Tidak ada di dalam syariat, aqiqah dilakukan dua kali bagi seseorang. Oleh yang demikian, berkemungkinan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk melahirkan tanda syukur kerana Allah telah menjadikannya sebagai rahmat bagi sekelian alam dan pembawa syariat.

Oleh itu, Imam al-Suyuti menyatakan bahawa adalah sunat juga bagi kita melahirkan tanda kesyukuran di atas kelahirannya dengan mengadakan perkumpulan, jamuan makanan dan sebagainya yang kesemuanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk melahirkan tanda kegembiraan di atas kelahirannya.

Ini menunjukkan keraian yang diadakan adalah sebagai melahirkan tanda syukur kepada Allah di atas nikmatNya yang tidak ternilai. Tanda kesyukuran ini boleh dilahirkan dengan bermacam-macam cara yang sealiran dengan syariat seperti mengadakan berbagai-bagai ibadat secara berjemaah.

Manakala Imam Abul Qasim Junaid al-Baghdadi menyatakan bahawa sesiapa yang hadir di dalam majlis Maulid Nabi s.a.w dengan niat untuk membesarkannya, maka akan mendapat keamanan.

Oleh kerana itu, hukum mengadakan majlis sambutan Maulid Nabi s.a.w adalah harus dan disyariatkan di dalam agama. Malah ia menjadi sunat selagi sambutan tersebut tidak bercampur dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat Islam. Sekiranya berlaku sedemikian, maka hukumnya bertukar menjadi haram.

Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki, sependapat dengan pendapat di atas. Beliau telah menulis sebuah buku khas mengenai tajuk ini dengan lebih lanjut di dalam ‘Haula Ihtifal bi al-Maulid al-Nabawi al-Syarif’.

Ibnu Taimiyyah sendiri tidak pernah mengharamkan sambutan Maulid Nabi s.a.w. yang telah sekian lama berlaku di dalam masyarakat umat Islam. Malah beliau turut memberikan pendapatnya di dalam permasalahan ini bagi menunjukkan persetujuannya terhadap keharusan majlis Maulid Nabi s.a.w. yang diadakan oleh umat Islam. Antara lain, beliau menyatakan “Membesarkan maulid Nabi dan menjadikannya sebagai suatu musim perayaan kadangkala diadakan oleh sebahagian manusia. Mengingatkan maksudnya yang baikdan tujuannya untuk memuliakan Rasulullah s.a.w, adalah layak dalam hal ini mereka memperolehi ganjaran pahala yang besar”.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari menyatakan bahawa sambutan maulid yang diadakan oleh para pemerintah, para masyaikh yang terdiri daripada ahli-ahli hadith, ahli feqah, ahli zuhud, ahli ibadah dan orang-orang awam menjadi ijma’ fe’li (persepakatan dari segi perbuatan) yang mengharuskan amalan ini. Malah ia mempunyai sandaran yang menjadi dasar rujukan di dalam pengeluaran hukum mengadakan maulid sebagaimana yang telah disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan lain-lainnya.

Justeru, bersama siapakah puak Wahabi mendokong fahamannya ini? Sedangkan mereka tidak sependapat dengan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, malah tidak juga sependapat dengan ketua mereka Ibnu Taimiyyah.
KELEBIHAN MENYAMBUT MAULID NABI S.A.W

Di dalam artikel ini disebut beberapa kisah kelebihan menyambut Maulid Nabi yang saya sedut dari kitab I’anah al-Tolibin. Sekali pun kisah yang dipaparkan ini tidak boleh dijadikan dalil yang qot’ei tetapi ia berperanan sebagai merangsang individu muslim meraikan Maulid Nabi dalam usaha menambah kecintaan umat Islam kepada baginda s.a.w.

Kisah-kisah tersebut bukanlah rekaan semata-mata yang direka untuk kepentingan peribadi, tetapi kisah ini diselitkan juga oleh ulama’ yang lain di dalam kitab mereka sebagai sumber pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama.

Di dalam kitab I’anah al-Tolibin disebut bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik serta mengadakan kenduri kerana menyambut maulid Nabi.

Pada setiap tahun, apabila tiba bulan Rabi’ul Awwal ia akan melakukan sedemikian sehinggalah ke akhir hayatnya. Setelah ia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata ” Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah ini kerana ia merupakan seorang yang mulia di sisi-Ku,”. Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengkebumikannya.

Pada malamnya, mereka bermimpi melihat pemuda tersebut dipakaikan dengan pakaian sutera yang amat bernilai. Lalu beliau ditanya “Dengan apakah kamu mencapai kemuliaan ini?” Jawabnya ” Dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah saw.”

Diceritakan juga di dalam kitab I’anah bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, terdapat seorang pemuda yang tampan di Syam (Syria) yang asyik menunggang kudanya.

Pada suatu hari, ketika sedang menunggang kudanya, tiba-tiba kuda tersebut menjadi liar dan tidak dapat dikawal sehinggalah ia memasuki ke dalam kawasan larangan menunggang kuda dan sampai di pintu rumah khalifah. Lalu kuda tersebut melanggar putera khalifah sehingga menyebabkan putera khalifah tersebut meninggal dunia.

Setelah berita kematian putera khalifah sampai kepadanya, maka pemuda tersebut diperintahkan mengadap. Ketika tentera khalifah pergi menangkapnya, tiba-tiba terlintas dihati lelaki tersebut untuk bernazar “Sekiranya Allah melepaskan aku daripada perkara yang buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri yang besar untuk menyambut hari keputeraan Rasulullah saw”.

Ketika pemuda tersebut sedang mengadap khalifah, tiba-tiba kemurkaan khalifah reda dan hilang, malah baginda tersenyum memandang pemuda tersebut. Maka khalifah pun berkata “Adakah kamu mempunyai ilmu sihir?”, Jawabnya “Demi Allah, tidak wahai Amir al-Mukminin. Maka khalifah berkata “Beta telah mengampunkan kamu, tetapi katakanlah kepada beta apakah yang telah kamu katakan tadi. Maka katanya “Aku telah berkata sekiranya Allah melepaskan aku dari peristiwa buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri menyambut Maulid Nabi s.a.w “. Maka khalifah pun berkata “Aku telah mengampunkan kamu dan ini wang sebanyak seribu dinar untuk kamu mengadakan akan kenduri maulid tersebut, dan kamu telah aku halalkan dari darah anakku.

Maka pemuda tersebut pun keluar. Ia telah dibebaskan daripada hukumannya dan diberikan dengan seribu dinar dengan keberkatan Nabi s.a.w.

Kegembiraan ilmuwan Islam meraikan Maulid Nabi s.a.w. juga banyak dipaparkan. Di antaranya Hasan al-Basri pernah berkata,” Sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk meraikan majlis membaca Maulidur Rasul s.a.w “.

Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata,” Sesiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul s.a.w dan membesarkan kedudukan baginda, maka ia telah mencapai kejayaan iman “.

Ma’ruf al-Kurkhi berkata,” Sesiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidur Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w., maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga ‘Illiyyin (tinggi)”.

Imam al-Yafi’e berkata.” Sesiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada’ dan solihin dan berada di dalam syurga Na’im”.

Sirri al-Siqti berkata,” Sesiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.,”.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,” Sesiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,”.

Telah berkata Sultan Ahli ‘Arifin Jalaluddin al-Suyuti di dalam kitabnya,” Tidak ada suatu rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan di dalamnya mengenai Maulid Nabi s.a.w. melainkan malaikat mengelilingi ahli tempat tersebut dan Allah menebarkan rahmatNya kepada mereka”.

Katanya lagi,” Tidak ada seorang muslim yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. melainkan Allah mengangkat kemarau, waba’, kebakaran, bala, hasad dengki dan dijauhkan pencuri dari ahli rumah tersebut. Maka apabila ia mati, Allah akan mempermudahkan baginya menjawab soalan Munkar dan Nakir,”.

Di dalam kitab al-Kawakib al-Durriyyah diriwayatkan bahawa di Basrah terdapat seorang lelaki yang mengadakan majlis Maulid Nabi pada setiap tahun. Berdekatan dengan rumahnya hidup sebuah keluarga Yahudi.

Pada suatu hari, isteri Yahudi tersebut bertanya kepada suaminya “Apakah halnya dengan jiran muslim kita itu, setiap tahun ia akan membelanjakan wang yang banyak sepertimana yang dibelanjakannya pada bulan ini?” Maka kata suaminya “Mereka percaya bahawa pada bulan ini nabi mereka dilahirkan”.

Sedang mereka tidur pada malamnya, isterinya bermimpi melihat seorang lelaki yang cukup hebat, penuh kebesaran, kehormatan dan cahaya. Ia berada di antara sahabat-sahabatnya yang mengelilinginya seolah-olah lelaki tersebut seperti bulan. Maka perempuan tersebut berkata kepada salah seorang dari sahabat-sahabat tersebut, “Siapakah orang yang mempunyai cahaya yang memancar-mancar ini?” Mereka menjawab,”Dia adalah seorang nabi berbangsa Arab yang dipilih oleh Allah”. Perempuan itu bertanya lagi,”Adakah ia akan bercakap denganku apabila aku bercakap dengannya?” Mereka berkata,”Dia bukanlah seorang yang sombong atau meninggikan diri”. Lalu perempuan itu berkata,”Wahai Muhammad s.a.w!” Maka Rasulullah s.a.w menjawab dengan mulut yang manis,”Labbaika (Ya, aku menyahut seruanmu)”. Maka perempuan itupun berkata,”Kamu menjawab panggilan orang sepertiku ini dengan ‘labbaika’ sedangkan aku bukannya berada di atas agama kamu”. Maka Rasulullah s.a.w pun berkata, “Tidaklah aku berkata kepadamu seperti sebentar tadi melainkan setelah aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah telah memberikan petunjukNya kepada kamu. Maka perempuan itu berkata,”Sesungguhnya kamu adalah nabi yang mulia dan kamu mempunyai akhlak yang mulia. Hulurkanlah tanganmu, maka aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa engkau Muhammad adalah pesuruh Allah”.

Kemudian perempuan tersebut bernazar, apabila siang menjelang, ia akan mensedekahkan segala harta yang dimilikinya kerana merasa gembira di atas keislamannya dan akan dibelanjakannya untuk meraikan Maulid Nabi s.a.w.

Apabila bangun dari tidur, ia mendapati suaminya telah bersedia untuk mengadakan kenduri dan pada pagi itu suaminya kelihatan begitu berhemah tinggi. Maka ia pun berkata kepada suaminya,”Aku melihat kamu berada di dalam keazaman yang cukup baik”. Maka suaminya berkata,”Ini adalah kerana orang yang kamu masuk Islam ditangannya semalam”. Kata isterinya, “Siapakah yang telah membukakan bagimu akan rahsia ini dan memberitahumu?” Jawabnya “Orang yang telah mengislamkan aku dengan tangannya selepas mengislamkan kamu semalam”.

Mengenali Siapa Yahudi

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu.

Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

 Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

 Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir’aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya . Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra’ ayat yang bermaksud: Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku“.

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka.

Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan. Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam ‘Talmud‘ iaitu tafsiran kepada kitab ‘Taurat’, ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.  

Disebut dalam Talmud lagi:

  • Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
  • Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
  • Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
  • Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia. Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi“. Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#

IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

   TAJUK :  IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini.

Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.

Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.  Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

  1. Berdoa memohon keredhaan Allah.
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
  3. Membersihkan hati dan pemikiran.
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif.
  5. Mendidik diri sendiri.
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (berkasih sayang) dan ar-rahman (kasihan-mengasihani).
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan.
  11. Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita.  Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja.  Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS!

Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi.  Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

 

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

 

  1. Positif terhadap perubahan.
  2. Positif terhadap diri sendiri.
  3. Positif terhadap kepimpinan.
  4. Positif terhadap masalah.
  5. Positif terhadap orang lain.
  6. Positif terhadap keadaan emosi.
  7. Positif terhadap idea kreatif.
  8. Positif terhadap membuat keputusan.
  9. Positif terhadap qada’ dan qadar.

 

Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali.  Antaranya ialah :-

  1. Analisis diri daripada pandangan anak.
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
  3. Bercakap benar.
  4. Kotakan kata-kata.
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial.
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar.
  7. Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
  8. Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
  10. Melatih anak berfikir.
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

 Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah.  Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga.  Paling penting adalah sebagai :- 

  1. Pendidik keluarga.
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
  3. Penasihat.
  4. Doktor dan jururawat.
  5. Mendisiplinkan anak-anak.
  6. Kawan atau sahabat.
  7. Penyelesai masalah.
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak.
  9. Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
  10. Model pada anak-anak.
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga.
  13. Menjaga harta suami dan keluarga.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
  2. Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
  5. Mendidik anak berdikari.
  6. Mempunyai nilai diri tinggi.
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
  8. Bertindak secara jamaah.
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi.
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak.
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.                

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian.  Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

rahsia di sebalik bulan Muharram

 Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
    Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
    tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
 
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
    tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
    pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.

8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

Apabila Hati Sudah Terusik…30 Ramadan, 1 Syawal

“BOLEH tidak siarkan surat saya menjelang 1 Syawal?” tanya Jamilah Kamaruddin dalam suratnya yang datang ke meja Bila Hati Sudah Terusik (BHST).

Jamilah menjelaskan, kisah yang ingin dikongsinya bersama dengan kaum isteri di luar sana terjadi pada akhir Ramadan, esoknya 1 Syawal.”Jodoh saya diatur oleh orang tua, dua bulan sebelum hari raya aidilfitri pada tahun 2002. Sebenarnya, saya ditunangkan dengan suami, Arshad sejak kami kecil lagi atas dasar hubungan kawan dalam niaga. Namun hubungan antara keluarga kami memang rapat seperti keluarga kandungan sendiri.”Habis pengajian saya dari universiti di Australia, saya ditunang-kan dengan Arshad yang ketika itu sudah pun tamat dari pengajiannya di universiti Amerika Syarikat. Saya anak bongsu dalam keluarga, manakala Arshad anak tunggal. Bayangkan, betapa meriahkan perkahwinan kami,” jelasnya.

Jamlilah menjelaskan, dia memang tidak mempunyai kekasih tetapi Arshad terpaksa memutus hubungannya dengan teman wanitanya. Bagaimanapun, dua minggu selepas bertunang, kami keluar makan untuk menjelaskan keadaan masing-masing.Cerita Jamilah lagi, Arshad terus-terang menyatakan memutuskan hubungannya dengan Mary, gadis Singapura. Malah dia cuba mene-rima Jamilah seadanya walaupun dia tahu, bakal isterinya langsung tidak mahu menerima perkahwinan itu.

“Saya memang puji Arshad. Walaupun tujuh tahun di negeri orang putih, dia tidak lupa tikar sejadah. Mungkin atas dasar itu, dia menjadi anak yang baik. Arshad melayan setiap karenah saya sepanjang pertunangan malah dia menunjuk kesungguhannya untuk memperisterikan saya.”Saya dalam paksa, tersenyum juga di atas pelamin akhirnya. Walaupun berat hati, saya cuba memberi senyuman yang paling manis. Seminggu selepa kahwin, kami bulan madu di Jakarta, atas tajaan keluarga. Sepanjang di Jakarta, saya lebih banyak membeli-belah. Di hotel pula, saya tidur di atas katil, Arshad tidur di sofa. Dia langsung tidak menunjuk kemarahannya walaupun saya enggan melaksanakan tugas sebagai isteri,” jelasnya lagi.

Balik ke tanah akhir, Jamilah masih tidak mahu ditiduri Arshad tetapi dia tetap memberi makan minum, menjaga pakaian dan se-gala keperluan suaminya, kecuali satu, tidak mahu disentuh Arshad. Jamilah dan suaminya pindah ke rumah banglo dua tingkat milik suaminya.Hujung minggu Jamilah memasak masakan kegemaran Arshad malah mereka mesra sebagai kawan. Sehingga Ramadan tiba, Jamilah berasa ada perubahan dalam dirinya. Jamilah dapat berasa suaminya memang lelaki yang baik.

“Bayangkan, saya mula jatuh cinta dengannya seminggu Ramadan. Entahlah, mungkin kerana kesabaran, kelembutan dan ketenangannya melayan karenah saya. Saya benar-benar jatuh hati, cuma saya enggan menunjuknya kerana malu dengan penerimaan saya selama ini.”Di bilik tidur pula, saya memberi bahasa tubuh yang saya bersedia untuk bersama dengannya. Tetapi seperti biasa, Arshad angkat bantal dan selimut, tidur bilik sebelah. Saya jadi kebinggungan, takkan saya mahu menjadi perigi mencari timba? Bukan kerana saya kemaruk, tidak, tetapi saya rasa Arshad wajar mendapat haknya.”

Sehingga pada malam 30 Ramadan, ketika hendak menggantung langsir di rumahnya, Jamilah terseliuh. Jamilah mengerang kesakitan dan Arshad mendukung Jamilah di ruang tamu, atas sofa. Arshad mengurut kaki isterinya dengan tenang, sambil Jamilah merangkul leher suaminya.

“Selepas itu, barulah kami benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar, bukan sekadar di atas sijil perkahwinan. Nampaknya, malam pertama kami hanya berlangsung selepas dua bulan berlalu,” cerita Jamilah mengakhiri suratnya.