Apabila Hati Sudah Terusik…30 Ramadan, 1 Syawal

“BOLEH tidak siarkan surat saya menjelang 1 Syawal?” tanya Jamilah Kamaruddin dalam suratnya yang datang ke meja Bila Hati Sudah Terusik (BHST).

Jamilah menjelaskan, kisah yang ingin dikongsinya bersama dengan kaum isteri di luar sana terjadi pada akhir Ramadan, esoknya 1 Syawal.”Jodoh saya diatur oleh orang tua, dua bulan sebelum hari raya aidilfitri pada tahun 2002. Sebenarnya, saya ditunangkan dengan suami, Arshad sejak kami kecil lagi atas dasar hubungan kawan dalam niaga. Namun hubungan antara keluarga kami memang rapat seperti keluarga kandungan sendiri.”Habis pengajian saya dari universiti di Australia, saya ditunang-kan dengan Arshad yang ketika itu sudah pun tamat dari pengajiannya di universiti Amerika Syarikat. Saya anak bongsu dalam keluarga, manakala Arshad anak tunggal. Bayangkan, betapa meriahkan perkahwinan kami,” jelasnya.

Jamlilah menjelaskan, dia memang tidak mempunyai kekasih tetapi Arshad terpaksa memutus hubungannya dengan teman wanitanya. Bagaimanapun, dua minggu selepas bertunang, kami keluar makan untuk menjelaskan keadaan masing-masing.Cerita Jamilah lagi, Arshad terus-terang menyatakan memutuskan hubungannya dengan Mary, gadis Singapura. Malah dia cuba mene-rima Jamilah seadanya walaupun dia tahu, bakal isterinya langsung tidak mahu menerima perkahwinan itu.

“Saya memang puji Arshad. Walaupun tujuh tahun di negeri orang putih, dia tidak lupa tikar sejadah. Mungkin atas dasar itu, dia menjadi anak yang baik. Arshad melayan setiap karenah saya sepanjang pertunangan malah dia menunjuk kesungguhannya untuk memperisterikan saya.”Saya dalam paksa, tersenyum juga di atas pelamin akhirnya. Walaupun berat hati, saya cuba memberi senyuman yang paling manis. Seminggu selepa kahwin, kami bulan madu di Jakarta, atas tajaan keluarga. Sepanjang di Jakarta, saya lebih banyak membeli-belah. Di hotel pula, saya tidur di atas katil, Arshad tidur di sofa. Dia langsung tidak menunjuk kemarahannya walaupun saya enggan melaksanakan tugas sebagai isteri,” jelasnya lagi.

Balik ke tanah akhir, Jamilah masih tidak mahu ditiduri Arshad tetapi dia tetap memberi makan minum, menjaga pakaian dan se-gala keperluan suaminya, kecuali satu, tidak mahu disentuh Arshad. Jamilah dan suaminya pindah ke rumah banglo dua tingkat milik suaminya.Hujung minggu Jamilah memasak masakan kegemaran Arshad malah mereka mesra sebagai kawan. Sehingga Ramadan tiba, Jamilah berasa ada perubahan dalam dirinya. Jamilah dapat berasa suaminya memang lelaki yang baik.

“Bayangkan, saya mula jatuh cinta dengannya seminggu Ramadan. Entahlah, mungkin kerana kesabaran, kelembutan dan ketenangannya melayan karenah saya. Saya benar-benar jatuh hati, cuma saya enggan menunjuknya kerana malu dengan penerimaan saya selama ini.”Di bilik tidur pula, saya memberi bahasa tubuh yang saya bersedia untuk bersama dengannya. Tetapi seperti biasa, Arshad angkat bantal dan selimut, tidur bilik sebelah. Saya jadi kebinggungan, takkan saya mahu menjadi perigi mencari timba? Bukan kerana saya kemaruk, tidak, tetapi saya rasa Arshad wajar mendapat haknya.”

Sehingga pada malam 30 Ramadan, ketika hendak menggantung langsir di rumahnya, Jamilah terseliuh. Jamilah mengerang kesakitan dan Arshad mendukung Jamilah di ruang tamu, atas sofa. Arshad mengurut kaki isterinya dengan tenang, sambil Jamilah merangkul leher suaminya.

“Selepas itu, barulah kami benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar, bukan sekadar di atas sijil perkahwinan. Nampaknya, malam pertama kami hanya berlangsung selepas dua bulan berlalu,” cerita Jamilah mengakhiri suratnya.

5 thoughts on “Apabila Hati Sudah Terusik…30 Ramadan, 1 Syawal

  1. Alhamdulillah..Jamilah seorang isteri dan wanita bertuah..semoga ramai lagi lelaki yang mempunyai sifat serta akhlak terpuji.

  2. Sesungguhnya cinta selepas kahwin adalah yang paling mulia di sisi Allah…
    alhamdulillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s