rahsia di sebalik bulan Muharram

 Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
    Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
    tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
 
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
    tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
    pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.

8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

25 thoughts on “rahsia di sebalik bulan Muharram

  1. Saya berkahwin pada hari 1 Muharram. Semasa penetapan tarikh, seorg kenalan melarang kami berkahwin pada hari tersebut. Katanya, sesiapa yg berkahwin pada 1 muharam masalah dalam hidup akan datang bertimpa-timpa.

    Maknanya berbagai halangan harus ditempuh sebelum hajat kami tertunai.

    Saya dan suami tidak mengendahkan larangan berikut.
    Tetapi semakin lama, kami menyedari memang apa yg dikatakan kenalan kami itu benar2 berlaku. Bad things keep happening to us. Like we have bad luck or something..

    Kewangan, pekerjaan, permohonan, semuanya menjadi tidak menentu. Saya menjadi teramat bingung dan pesimist sekarang.

    Namun saya dan suami tetap redha dan menyerah diri padaNya…. dan percaya ini adalah salah satu dugaan. Cuma, sampai bila iman dalam diri ini akan bertahan

  2. Salam,

    Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

    Boleh berikan matan & sanad hadis tersebut di atas.

  3. Slm..

    Sy nak tnya klau2 ada pandangan dr pihak tuan/ustaz..

    Sy bercadang nak kahwin 1 Jan 2011 bersamaan 26 Muharram 1432H dan Hari Sabtu..

    Adakah tarikh itu sesuai untuk kami melangsungkan perkahwinan..

    Sy ada terbaca bulan muharram, dzulhijjah, dzulqaidah, dan rajab adalah bulan2 diharamkan.

    Adakah majlis perkahwinan pun diharamkan pada bulan2 tersebut.

    atau pada bulan Muharram ini diharamkan berkahwin pada 9, 10, dan 11 muharram saje.

    Sekian..

  4. mana hadis nya atau mana terjemahan alquran nya.cuba beri kan bukiti yang nyata……sebab ini ada lah agama islam kita,,,takut2 tanpa bukit yang nyata dengan tak secara langsung kita akan menyebarkan fitnah……….

  5. Pingback: Mengenali Bulan Muharram ^_^ « ~~My LiFe.. My PriDe.. My EveRyThiNgs~~

  6. saya telah pun berkahwin pada 1.1.2011 bersamaan 26 muharam.. pd mulanya sy tau yang yang tidak elok berkahwin pada bulan muharam…tetapi sy percaya ketentuan Allah dan meneruskan juga niat kami sehinggalah selesainya sehingga kini… tetapi br2 ni sy ade terdengar yang menyatakan bhawa mereka yang berkahwin pd bulan muharam akn ditimpa pelbagai musibah dan halangan…dan yang paling menakutkan pasangan tidak akan panjang umor… pabila terdengar perkara sebegitu.. sy betol2 mahukan kepastian, betul k ape yg sy dgr??? sy bukanlah percaye sgt… tp minta tolong, bagi keyakinan pad sy… thanks…

  7. Ramai orang yang telah berkahwin dalam bulan Muharram termasuklah yang bukan Islam sekali.
    Daripada mana datangnya pemikiran khurafat itu bahawa bulan Muharram membawa sial. Adakah ayat Al Quran & Hadis yang mengatakan demikian? Setahu saya tiada pun. Jodoh & ajal semuanya di tangan Allah s.w.t. Orang lain yang kahwin di bulan selain Muharram pun menghadapi liku-liku yang sama – ada suka dan duka. Itu adalah fitrah. Penghidupan adalah satu cabaran dan tanggungjawab. Kita diuji oleh Allah s.w.t dari berbagai aspek. Yang pentingnya bagaimana kita tangani cabaran itu dan bagaimana kita bergantung harap kepada pertolongan Allah s.w.t. Doa adalah senjata mukmin. Oleh itu mohonlah sentiasa kepada Allah s.w.t. disamping kita berusaha dan kemudian bertawakal kepada Nya. Wallahu’alam.

  8. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sdr. Saya ingin menarik perhatian sdr tentang 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura. Ingin bertanya kpd sdr..dari mana sumber ini? Cuba sdr fikirkan…No 14. dengan hanya berpuasa sunat satu hari pada hari asura, ganjarannya sama adalah jika ini dikatakan hadith..maka tentunya hadith palsu. malan dibadengan seribu haji. Betul kah ini? masuk akal kah ini? petunjuk dari Nabi saw kah ini? Petunjuk daripada Imam Mazhab yg empat kah ini? INGAT SAUDAR AKAN DI PERTENGGUNGJAWAB DENGAN SEGALA YANG SAUDARA MUATKAN DALAM BLOG SAUDARA INI. PADA HARI TERSEBUT BAGAIMANA AKAN SAUDARA JAWAB KPD ALLAH NANTI? SILA TARIK BALIK SEGALA TULISAN YANG TIADA DALIL DAN NAS YANG SAHIH DARI NABI SAW. SEKIAN ..IKHLAS .. HAKIMI YAAKOB.

  9. YA. Memang BENAR..MAKLUMAT YANG DI DALAM ARTIKEL DIATAS TIDAK SAHIH. Ia mungkin menyesatkan para pembaca yang tidak arif dan hanya beribadat secara ikut-ikutan.

    1. Sila silat perkara Nombor 12. Membaca ‘hasbiallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer’. bacaan ini sahih..TETAPI FADHILATNYA YAKNI …TIDAK MATI PADA TAHUN INI. !!! NAUZZUBILLAH. INI BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AQIDAH AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH. SIAPA YANG PASTI TAHU BAHAWA DIA TIDAK AKAN MATI DENGAN HANYA MEMBACA SUATU UNGKAPAN? ALANGKAH DANGKALNYA FAHAMAN INI. KALAU GITU SETIAP TAHUN HARI ASYURA KITA SEMUA BACA ZIKIR INI … SABAN TAHUN TAK MATI. BETUL KE INI?

    2. SEPEKARA LAGI NABI SAW TIDAK PERNAH MENGAJAR KITA TENTANG ADANYA SOLAT KHAS & KHUSUS UNTUK HARI ASYURA. INI SUATU BIDAAH. YANG ADA HANYALAH PUASA ASYURA DAN PUASA PADA HARI KESEMBILAN MUHARRAM.

    3. SECARA AM NYA KEBANYAKAN AMALAN YANG DI ANJURKAN DALAM ARTIKLE DI ATAS ADALAH TIDAK BERSUMBER DARIPADA NABI SAW.

    4. BUKAN KAH NABI SAW SEBAGAI USWATAUN HASANAH?? YAKNI IKUTAN YANG PALING MULIA LAGI BENAR. MENGAPA PERLU KITA BUAT AMALAN YANG TIDAK DATANG DARI NABI SAW. BAHKAN KITA TIDAK TAHU PUN DARI MANA PENULIS MENGAMBIL AMALAN2 TERSEBUT.

    5. SILA RUJUK SURAH AL KAHFI AYAT 103 & 104. ..
    MAFHUM AYAT103 – Katakanlah: ” Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?”.
    Ayat 104 : Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat amalan sebaik-baiknya.

    JADI..JANGANLAH KITA TERMASUK ORANG2 YANG RUGI DI AKHIRAT NANTI. PASTIKAN AMALAN KITA MENURUT APA YANG DI TUNJUKKANOLEH NABI SAW.
    SALAM, HAKIMI YAAKOB

  10. td sya ada baca info daripada jabatan mufti negeri melaka berkaitan dengan bulan muharam menyatakan yang sama cuma perkara ke 12 seperti yang dikatakan oleh saudara hakimi memang brtul kerana perkara tersebut tidak sahih dan perlu diambil perhatian oleh rakan-rakan yang lain. wallahu’alam.. syukran hakimi yaakob

  11. salam semua,

    Lanjutan daripada apa yang saya sebutkan di atas…JIKA PERKARA DI ATAS TERJADI DI ZAMAN SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB ra, MAKA BELIAU AKAN BERTANYA KEPADA YANG MEMBERI MAKLUMAT ITU…”DARIPADA MANA ANTA DAPAT INI SEMUA?…MAKSUD BELIAU DARIPADA SOURCE MANA SEGALA AMALAN ITU DATANG. JIKA TIDAK DARI NABI SAW MAKA IA DI TOLAK DAN TIDAK DI TERIMA. WALAUPUN JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA ATAU MASJID AL AZIM MELAKA YG ADA MAKLUMAT BLOG..JIKA IA TIDAK ADA DALIL DARI QURAN & NABI SAW, MAKA IANYA TAK BERNILAI & PERLU DI TOLAK. SEKIAN.

  12. kita muslim…setiap apa yg nak disampaikan..mesti ada sumber @ bukti yg sahih untuk meyakini pembaca…sebagai perkongsian kita bersama ye sahabat ,ikhlaskanlah hati kita setiap kali beribadah kepada ALLAH…iaitu tanpa memikirkan ganjaran yg kita bakal dapat…Sesungguhnya..ALLAH itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah…Yakinilah DIA…

  13. assalamualaikum…
    cara mengambil hukum dalam masyarakat kita pada zaman sekarang tidak sama spt zaman dahulu. kaedah penetapan hukum pun tak sama seperti dahulu. jika zaman dahulu, perkara fekah yang mempunyai hukum berbeza, akan dikira benar kedua2nya selagi tidak menyentuh hal akidah (takrif akidah pun sudah banyak pada zaman sekarang. tak macam dulu). tapi zaman sekarang, perbezaan amalan fekah yang sedikit pun sudah dengan mudah dihukum kafir. kerana sudah ramai yang menjadi mufti di setiap taman2 perumahan.

    MANGSANYA ADALAH MASYARAKAT. taarif bida’ah zaman sekarang dalam masyarakat kita pun dah tak sama macam zaman dulu… ini kerana telah banyak aliran yang dilabel islam. cara berakidah berbeza, tapi semua dilabel islam. dan ramai menganggap bahawa benarnya atau tidak benarnya sesuatu perkara bergantung kepada hujah. ini menyebabkan orang yang tak pandai berhujah tapi benar dalam amalannya, tidak dapat menerangkan amalan yang benar dan sohih kepada masyarakat umum, kerana mereka bukan ahli debat… sekian

  14. berkongsi asal usul kaedah amalan ke 12:

    12 Membaca: “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer” fadhilat – Tidak mati pada tahun ini.

    saya tak mahu menetapkan ini amalan benar atau tidak… cuma nak kongsi penerangan asal tentang amalan ini oleh orang yang mengajar amalan ini..

    persoalan: jika benar amalan ini begitu janjinya, maka tak akan matilah kita?

    jawapan: ini bukan amalan hidup tak mati-mati.. amalan ini jika dibincangkan dalam skop fadhilat, ia digunakan sebagai petunjuk tanda2 kematian.

    penerangan ringkas: jika berkehendak oleh Allah seorang yang beramal dengan amalan ini untuk BERKEMUNGKINAN mati pada tahun itu, maka orang yang beramal dengan amalan ini setiap tahun akan ditakdirkan tidak membacanya. ia berlaku dengan asbab2 tertentu seperti terlupa (lupa pun Allah yang jadikan), terlepas pandang, dsb. namun ia bukanlah untuk menetapkan ajal seseorang pengamal. ia hanya tanda-tanda kematiah yang bersifat “harus” (mumkinat/berkemungkinan berlaku mengikut kaedah fadhilat).

    penafian mereka: pengamal bukan disuruh supaya beramal kerana fadhilat. beramal hanya semata2 kerana ubudiah kpd Allah. cuma fadhilatnya diterangkan kepada mereka yang diajar amalan ini untuk memahami skop fadhilat dalam pengamalan ayat ini.

    wallahua’lam. moga bermanfaat dalam mencapai mahabbah sesama saudara seagama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s