POLIGAMI

POLIGAMI

Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita. Poligami sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya, wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun sebab sahaja yang berbeza. Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan – bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu lelaki untuk satu perempuan’. Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat. “Ustaz tolong cakap kepada suami saya…”.

Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’. “Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.Beginilah detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah, “mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang” seolah-olah seluruh dunia memusuhinya. Sebaliknya pula pengakuan suami. “Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi.”Saya percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya berpoligami. Isteri saya InsyaAllah boleh terima keadaan ini”.

Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”.Keinginan yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya. Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang berdebar-debar Punca Apa yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama itu sebenarnya? Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang menyebabkan perkara itu berlaku: 1.      Ia kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan diri sendiri( isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.

  1. Kadang-kadang berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
  2. Kadang kala berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami, sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan sebagainya.
  3. Serta tidak kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak sedarkan diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya terus.

Keempat-empat punca ini, adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu sendiri. Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia kini. Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya.

Siapakah yang lebih halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan mereka? Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri. ” Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda yang tidak terbela…..ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh didik dakwanya. Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada lain kecuali nafsu”.Ya, kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.

Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami. Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya. “….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya” .Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami. ” Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!”Islam melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama. “Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”

Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.

“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya”.“Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.Selepas beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula. Perahu kini sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak dijangka sebelum ini. “Macam mana selepas buka cawangan..”?“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”.Oleh kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang lengkap yang perlu di ikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami. Naluri keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial seperti berikut; 1.      Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.

  1. Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit.
  2. Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat.
  3. Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.
  4. Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina.
  5. Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.

Syarat-syarat poligami

Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:

  1.  Ada keinginan daripada pihak lelaki 
  2.  Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
  3. Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Hukum berpoligami.     

Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat

  1. Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami
  2. Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.
  3. Makruh, apabila suami gagal menunaikan bebarapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri

Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.  

28 thoughts on “POLIGAMI

  1. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya…apa yg Allah tetapkan..pastinya ada hikmah serta mberi nikmat bg hamba2Nya yg tahu bersyukur…Wallahualam..

  2. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun dan belum mempunyai zuriat. Kami dah cuba semua kaedah yang disyorkan dari trdisional, tabung uji & insyaallah tak lama lagi tabung haji pulak. Bila saya ada menyebut tentang untuk menikah sorang lagi utk dptkan zuriat maka ada beberapa masalah timbul:
    1. isteri saya tak benarkan & sanggup minta cerai, w/pun dia seorang ustazah
    2. tak ada orang nakkan saya sebab status saya (termasuk mak & ayah mana-mana wanita)
    3.Kalau adapun saya tak perasaan cinta pun dengan dia

  3. seorang isteri tidak sanggup berpoligami kerana banyak perkara yg telah dia dengar,lihat mahupun dia alami sendiri dgn rakan2@saudara mara.wanita mmg berat ati nak berkongsi suami tp msh blh terima.saudara perlu tanya kenapa isteri mengapa dia menolak.mesti ada sebab musabab..lelaki tak semestinya berkahwin lain hanya dgn anak dara je.klu nak ikut cara sahabat dan Nabi,kebanyakan janda dijadikan isteri untuk melindungi dan meringankan beban mereka

  4. poligami…itu semua takdirNYA…saya juga sedang mencintai seorang suami orang,,,dan sya mendapat tentangan yg hebat dari isteri pertama dan mendapat sambutan yang baik dari isteri kedua.tp apakan daya,selagi saya cube mngelak cube menjauhkan diri dari suami mereka selagi itu saya makin menyayangi nya…..

  5. bila di lihat secara kasarnye…perempuan banyak yang teraniaya dengan poligami.tak dinafikan ada yang bahagia…tapi jarang….jarang.bagi saya poligami ni terletak pada keteguhan iman pihak suami untuk mengawal keadaan.inai tak…kebanyakan suami bila dapat isteri kedua yang muda,bila kena ugut isteri muda…takut dan menurut saje kehendak isteri muda.yang jadi mangsa isteri pertama dan anak2nya terpaksa beralah dan menanggung seksa…begitulah pengalaman yang dapt saya ambil dari beberapa orang kawan yang berpoligami…sedih dan kesian mereka…

  6. poligami….ada pro dan kontranya….ada baik ada buruknya…
    tidak ada apa yang dapat menjamin kekalnya jodoh… kecuali jika dibajai dengan keimanan dan tolak ansur…
    kita mungkin merasakan poligami itu buruk… tetapi Allah SWT yang lebih mengetahui…dia tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya…

    bagi isteri yang berpoligami… ikhlaskan hati dan redha untuk menerimanya…
    insyaallah…
    mmg berat utk para isteri pertama menerima kenyataan ini…
    ia perlukan persediaan mental dan fizikal, tapi percayalah…
    allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ada sesuatu kebaikan yang allah nak beri pada hambanya yang kita sendiri tak tahu…

    masa akan mengubati nya…
    ingatlah para isteri / suami… tanamkan dalam hati allah sentiasa ada bersama hambanya walau kemana pergi…
    dan allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu…

    isteri yang berpoligami…

  7. assalamualaikum wrbt,,

    ….saya seorang suami yang memasang niat utk berkahwin satu lagi…ianya bukanlah atas dorong nafsu syahwat utk berkehendakkan sex,,,tapi kali ini ianya lebih untuk membantu kawan saya ini kerana usianya yang lanjut dan mengalami sedikit penyakit…sy terpanggil untuk mendampinginya kerana dirinya seornag yg baik dan taat melakukan perintah ALLAH SWT…sy terpanggil untuk menjadi teman pasangannya supaya mudah-mudahan..sy dapat membantunya bile keadaannya yg sakit nanti…sy akui..die sering sakit dll…die agak berusia dari sy..tapi itulah niat sy..hanya kepada ALLAH SWT sy berserah dan melakukan solat hajat…

    Persoalannya, isteri pertama sy ini agak anti sedikit dengan poligami..inilah yg merisaukan sy…niat nak menolong…bagimana cara untuk sy mengatasi perkara ini untuk menyakinkan beliau..ttg kebaikan poligami ini…

  8. akum… kepada rosli kat sini elly nak kongsi pendapat..
    dan saya kagum dengan cara awak..
    saya juga wanita ..bagi saya jika awak masih juga mahu berpoligami bagi saya paling utama niat dan cuba lah bawa berunding dengan isteri dan cuba awak terus terang kerana perempuan juga mempunyai hati yang amat lembut jagan sekali awak menipu isteri awak kerana perempuan juga pantang diri nya tercabar…dan belaku lah adil seadil nya jika mampu dan pandai pandai lah menjaga hati dua belah pihak
    makan minum nafkah zahir batin jangan kita lupa kan..kalau boleh biar lah isteri muda menjadi sahabat pada yang pertama
    selalu nya wanita soleha akan setia apa bila suami nya kawin lain itu lah cinta hakiki… yang akan kita nampak jika dia masih bersama kita….
    dan buat lah sembahyang hajat supaya allah buka kan pintu hati isteri 1 untuk terima si dia..
    dan minta lah doa jika si dia lah jodoh ku yang terbaik kau satu kan lah kami .jika dia bukan nya untuk ku kau kunci kanlah hati ku untuk mincintai nya…

  9. kepada pembaca pula saya seorang suri rumah kini telah berkahwin 10tahun dan di kurnia kan seoarang cahaya mata dan seorang anak angkat…
    di sini saya ingin berkongsi cerita..seorang hati ibu muda
    pada awal nya saya bernikah usia16 tahun tampa restu dari pada keluarga suami…so kami juga terus kan hasrat ingin bernikah
    memandang kan saya juga banyak terkanan dalam hidup kerana mak ayah bercerai waktu saya kecil dan mereka tidak pernah memberi saya secebis kasih sayang pun
    walau pun saya di jaga oleh ayah tapi ayah hanya sibuk mencari duit sahaja …dan saya hidup terhumbang hambing kerana saya mempunyai ibu tiri yang zalim kerana dia ada anak sendiri dari hasil bersama ayah saya
    hidup saya tak tak ubah seperti anak pergemis
    dan jiran jiran lah yang bayak memberi nasihat dan kerkuatan untuk diri saya
    apa yang saya nak nasihat kan satu sahaja jika kita kaya jangan lah kita sombong dan jangan lah kita pandang pada rupa seseorang itu pandang lah pada hati yang berwarna warni itu cari lah yang terbaik untuk kita
    dan saya amat terseksa kerana mempunyai ibu tiri
    makan di sorok apa yang saya pinta pada bapa saya tak pernah dapat…tapi allah tak zalim yang zalim ni manusia.
    kerana saya di takdir kan temu dgn jodoh saya seorang pelajar serta dgn hidupan yang susah sebanyak 3ratus duduk di kl las kami berjaya jua hidup yang senag allah maha kaya lagi maha adil walau pun hidup kami tak merminta2 minta pada orang tapi kami masih ingat kersusahan kami …ingat waktu senang ingat kita pernah susah dan banyak kan lah berdoa agar allah berkati segala rezeki yang ia beri kan
    saya berharap pada isteri2 jika suami hendak kawin jika ia mampu biar lah masa kita hidup ni jangan lah masa kita hidup punya main lagi nak sehidup semati las kawin lain anak kita terabai
    kesian ni lah anak anak kita yang perlukan kasih sayang dan ber cita cita tinggi ada yang nak jadi doktor ,loye,dan lain lain lagi …dan beri lah perhatian untuk mereka turus kan hidup..dan janagn kita menyesal kemudian hari kalu bila berlaku nya penceraian anak terhumbang hambing dan ada yang jadi nakal jahat hisap dadah minum arak ..mula lah yang mak salah kan ayah ayah salah kan mak…bergitu gak anak memang betul dia ada akal fikiran tetapi agak nasib2 gak kalu kerkuat tan mentel dia kuat dan jumpa oarang yang baik dia bernasip baik lah jika jumpa oarang yang jahat …kurang baik
    semua pada niat yang baik datang nya dari allah yang lemah itu dari diri kita sendiri yang jahat itu dari pada syaitan…apa apa pun fikir 2 lah sendiri

  10. kawin lah dua agar anda mampu
    kawin dua kalau itu yang terbaik untuk anda dan keluarga
    kawin lah dua elakan dari pada belaku nya maksiat
    kawin lah dua jika niat karana allah taala
    dan seadil _adil adil nya lah jika anda mampu
    jagan kawin kerana duit duit tidak dapat membeli hati orang walau dngan 1sen pun
    kawin lah denagan seseoarang tu demi suatu kebaikkan
    kawin lah wanita yang sebaya dengan isteri anda..
    kawin lah denagn wanita yang tahu agama
    kawin lah wanita yang soleha
    kawin lah wanita yang taat dengan kita
    kawin lah dengan wanita yang tahu menjaga maruah..

  11. Wanita anggap lelaki poligami hanya utk sex. Tapi mmglah lelaki diberi sex yg kuat sbb itu Allah bagi sampai 4 wanita utk lelaki. Wanita tak dapat menyelami perasaan lelaki betapa perlunya sex bila kemuncaknya…..wanita takut bayang2 poligami kerana sejarah dan contoh yg dilihatnya…belumpun dia cuba dah kata lelaki zalim. Tidak semua sejarah itu diikuti dengan sejarah baru…

  12. saya hendakberkahwin 2 tapi tak nak beritahu kepada isteri pertama yang saya berkahwin.saya nak berkahwin di dalam negara kita sendiri tanpa pengetahuan isteri pertama.bakal isteri kedua taknak berkahwin di negara jiran Siam dia nak berkahwin di Malaysia dengan apa sekali pun

  13. tertarik dengan topik nie.. sbb saya sendiri berkawan dengan seorang lelaki yg dh berkahwin dan mempunyai 4 org anak.. sy pun dh berjumpa dengan isterinya.. sy dah bercinta dgnnya baru saya dpt tau dia dh kawen.. perjalanan kami dh jauh.. alhamdulillah dia nampaknya bersungguh utk berpoligami.. tp wife dia mcm tak bersetuju.. saya nak kami kawen dengan cara yang baik.. di malaysia.. cuma skrg nih dalam proses utk dia pujuk wife dia terima saya sbg wife no 2.. anak-anak dia mmg takder masalah utk sy terima kerana kerjaya saya sendiri mmg dekat dengan anak-anak sebesar anak-anak dia.. cuma skrg ni saya nk berdepan dengan family saya… mereka tak tahu lagi bhw saya berkawan dengan suami org.. sy buntu.. apa yg boleh sy buat. dia banyak bimbing saya menjadi org yg lebih baik.. alhamdulillah… doakan jodoh ini dipermudahkan..

  14. assalamualaikum saudara2ku..
    sya wanita 41thun..sudah sethun sya brkhwin..
    sya brtemu dgn suami sya melalui seorg temn d lamn web..alhamdulillah, sya brjaya tbahkn hati. sya IS3 ke-2..
    Is3 prtma sakit buah pinggang…seminggu kena dialisis 3 x.
    smpi sekrg dia x tahu lgi. kami brtemu dgn 2 minggu sekali..dia bekerja d selatan..sya d utara. dia telah brusaha mnta prtukran..nmpaknya x brjaya lgi. mula2 mmg la..mcm2 perasaan dtg..sya hadapi dan atasi dgn solat awal waktu..membaca al.quran..solat tgh mlm..menangis lpas solat..tpi alhamdulillah Allah bntu sya.
    sblum brkahwin sya putus tunang..brtunang dgn suami org..seorg guru sek menengah d negri sebelah..dia berkhwin dh 20 thun, tnpa anak. is3nya dh ketiadaan rahim.kami mohon poligami melalui mahkamah..berjaya!! tpi is3nya dan family is3nya masih cuba halang walaupun dia yg tandatgani surat d dpn hakim..akhirnya…kad kwin dh d edar,,prkhwinan batal.
    pengalaman prtama ckup hebat..tpi jdoh sya telah ditakdirkan Allah…AMIN milo.ais.best@gmail.com

  15. Salam…. saya telah melalui pengalaman sebagai isteri pertama….. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa beratnya ‘bahu yang memikul’…… saya melalui proses pemohonan poligami di mahkamah seusai sy berpantang anak ke3… saya dimadukan atas sebab kekurangan yang dengan lantang suami suarakan pada keluarga sy dan keluarganya…. SABAR… itulah perkataan yang saya tanamkan dalam diri… Ada hikmah disebaliknya……

  16. as-salam semua,
    kita tak boleh pilih dgn siapa kita akan jatuh cinta.
    seorang kawan cakap ini pada saya..memang betul.
    umur saya 25tahun.sekarang sedang bercinta dgn suami orang.si dia tiada anak dgn isterinya.
    kami memang serius nak kahwin.kami dah jumpa parents masing2.cuma mak saya yang tak restu.sampai nak putuskan hubungan dengan saya.mak saya kecewa sbb saya masih muda,ada kelulusan.
    demi Allah, saya langsung tak pernah ada cita2 nak bercinta dgn suami org, tak pernah terlintas nak berkahwin dgn suami org dan tak pernah terpikir akan jadi isteri kedua.perasaan ni datang kpd saya tak boleh ditahan dan tak boleh dikikis.si dia mengaku memohon kepada Allah utk bukakan hati saya menerima dia.
    berkongsi kasih memang sakit.tp demi sayang,saya rela.saya tak pernah minta dia tinggalkan isterinya,kerana saya takut perkara yang sama jadi pada saya.
    jadi sekarang saya sedang berusaha mendidik diri untuk menerima si dia seadanya..

  17. salam,sy perlukan nasihat yg brpgalaman. Sy berusia 31 hmpir 5thn mdrikan rmhtgga dan tdk mpunyai ank,dan pd suami itu bkn mslh yg brt. Utk pgtahuan,sy bru bbrapa mggu di madukan olh suami tnpa pgtahuan sy. Hancur luluh ht sy mgenang ms dpn sy yg hancur dan gelap. Suami mati2 tdk mahu mlpskan sy dgn alasan ksh pd sy mlbhi istri kduanya dan tidak mampu hdup tnpa sy. Persoalannya dcni ialah sy. Kdg kala sy tpk utk mbunuh dri krn xmampu menerima knyataan hdup dan status bru sy sbg isteri ptama. Apa perlu sy lakukan? Haruskah sy tetap dgn pndrian utk menuntut pceraian walhal kami sdh bsama ssh sng slama 11thn. Bantula sy 012 6425538

  18. salam buat wanie,
    Ini cuma pendapat sya. Kemungkinan besar suami anda berkahwin lain kerana keinginannya utk punya zuriat sendiri.

    Sya sendiri sudah 3 tahun berkahwin & masih blum punya anak (kami dah jumpe pakar, 2 2 ok, subur). Terus terang sya katakan, jika suami mahu berkahwin lagi, sya sgt setuju. Cuma dia, perlu bertanggungjawab menjalankan amanahnya.

    Sya terfikir begini kerana, usia yg semakin meningkat. Takkan nak biar suami lanjut usia, br beri kebenaran. kesian pula dia kena jaga anak2 kecil bila dah tua nanti.

    Percayalah, dunia anda tidak akan gelap hanya kerana dia berkahwin lg. Cuma ego sedikit tercalar kerana terpaksa berkongsi kasih.

    Wanita yg menjadi isteri pertama mmg x brape suka poligami. Tapi ramai pula wanita yg mahu jd m2,m3,m4. Jadi, kenyataannya wanita setuju dgn poligami.

    Nasihat sya, hidup cuma sementara. Kita pun x pasti smpi bila kita akan hidup. Jadi nikmatilah kebahagiaan dunia yg sementara ini dgn sepenuhnya.

    Sebagai wanita, sya rasa kebahagian bukan hanya terletak pada memiliki seorg suami yg sgt menyayangi kita & tak sanggup menduakan kita. Kebahagiaan boleh diperolehi dr pelbagai segi & cara (as long as ianya halal).

    Akhir kata, sekiranya suami anda seorg yg bertanggungjawab & masih menyayangi & menyintai anda. Terimalah madu anda itu dgn ikhlas & redha.

    Jika ditakdirkan, dlm masa terdekat, suami anda tidak ada (yelah kan ajal maut kan ditangan Allah). Sekurang-kurangnya anda tidak keseorangan & masih punya teman utk berkongsi kasih. Jika suami anda ditakdirkan Allah punya zuriat dgn isteri barunya, anda akan dpt melihat wajah suami anda pd mereka, dpt juga melepas rindu.

    Hidup cuma sekejap, ibarat sekelip mata aje. Sekrg masa pun berlalu begitu pantas. Lupakan kesedihan…burulah kebahagiaan. Pilihan ada ditangan anda.

    Sekian.

  19. Saya juga sedang bercinta dgn suami org. kami saling mengenali sejak di bangku sekolah dan saling menyimpan perasaan cuma tdk sempat diluahkan. Setelah hmpir 20 tahun terpisah, kami bertemu semula. Pd saat pertemuan semula ini, dia sudah berkahwin, sudah ada 3 org anak, manakala saya sedang dlm proses utk bercerai dan sudah tidak lagi tggl dengan suami saya. Kini sudah setahun kami melayari percintaan kami, dia dh pun mpunyai 4 anak dan saya dh pun bercerai secara legal. Kami merancang utk berkhwin, dia masih dlm proses meminta izin isterinya utk berkahwin dgn saya tetapi isterinya belum kenal saya lagi, begitulah juga saya. Namun saya hormati isterinya spt sepatutnya walau isterinya muda dr saya. Isterinya tdk mahu berjumpa dgn saya, maka saya harus hormati permintaan itu. Kekasih saya menyatakan bhw jwpan dr sterinya agak positif tp perlukan sedikit lg masa utk dpt persetujuan 100%. Saya tdk pnah berniat utk ganggu kbhgiaan r.tgga mereka, sy cuma ign berkongsi suami..malah saya boleh mjadi kawan pd isterinya, bantu apa yg perlu krn isterinya tdk tahu memndu kereta dan tidak bekerja. Sebaliknya berbeza dgn saya yg bekerja tetap serta pandai berdikari. Sy tdk igin lagi berlama-lama bercinta dgnnya krn berdosa maksiat…hgga saat ini..sy sdg mnggu persetujuan isterinya. Kekasih saya berkata bhw dia masih belum ada jwpan pd soalan isterinya iaitu – “mengapa perlu abg kawin lagi sdgkan saya tiada apa-apa kurang?” ..bantulah saya utk mdptkan jawapan itu utk kekasih saya ini.

  20. entah saya ni isteri yang macamana..dulu saya menghalang suami bercinta dengan seorang perempuan yang dah telajak sikit umurnya. Tapi suatu saat perasaan kesihan timbul untuk kaum sejenis dan pada hari ini dia telah saya terima insyallah seikhlasnya menjadi isteri ke2 suamiku..harap2 banyak hikmah tersembunyi yg Allah tunjukkan kp saya..saya harap keputusan yg saya buat ini betul..

  21. Asm rakan-rakanku, Saya dapat merasakan apa yang rakan2 luahkan, tiada wanith yang bergelar isteri yg tidak memahami kepahitan yang ditelan pahit, apatah lagi diketahui orang. Wahai rakan2ku, kita jangan sekali rasa tersungkur, disebabkan satu trajedi yg pahit. Bangunlah rakan2ku, bersama-sama kita menegakkan keadilan terhadap rakan2 kita yang teraniya. Berilah semangat pada mereka dan beritahu mereka bahawanya mereka ada rakan2 yang memahami. Bersama2 kita atasi persoalan ini, dan jangan biarkan mereka yang ‘gila’ itu mematahkan semangat kita. You are not alone. Be proud of yourself. Take care of yourself first before you intend to look after the others.Best of Luck to all of you out there. Always remember, YOU ARE NOT ALONE.

  22. apa ya terjadi adalah atas kehendakNya jua KITA CUMA MAMPU MENERIMA APA YANG DITAKDIRKAN KPD KITA. Sama2 kita berdoa agar ALLAH memberikan kita rahmat atas apa yang meninpa kita.KAWAN2 SUAMI 2 BUKAN MILIK KITA SEORANG.kepada suami kalau mampu beristeri 2,3,4 hendaklah kamu adil dari segi lahir dan batin kepada isteri2 kamu .KALAU TIDAK JANGAN MIMPI MAHU BERPOLIGAMI KERANA KAMU HANYA MENEMPAH JALAN KENERAKA.

  23. Saya bukan orang yang menentang poligami tetapi saya tahu kemampuan suami. Saya berkerjaya. Suami meninggalkan banyak tanggungjawab dan urusan rumahtangga kepada saya. Duit ringgit banyak saya habiskan untuk rumahtangga dan anak-anak termasuk anak istimewa. Bekas suami bergaji besar tetapi duit ringgit habis untuk wanita-wanita yang dicintainya. Saya cukup gembira apabila bekas suami akhirnya berkahwin lagi walaupun di siam kerana saya tidak sanggup lagi melihat dia terus leka. Bekas suami memang sedari mengabaikan nafkah zahir dan batin. Saya terasa sangat terseksa. Bekas suami tidak sedikit pun berusaha untuk mengemudi 2 perahu dengan baik, tidak sedikit pun ada usaha untuk memujuk saya, tidak sedikit pun hairan jika saya pergi dari hidupnya. Maka, perceraian pun berlaku.
    Empat tahun menyendiri, saya diketemukan dengan suami sekarang. Saya menjadi isteri ke2. Sedari awal saya telah berusaha mengambil hati madu dan anak2 tiri. Saya amat yakin, suami saya mampu mengemudi kapal2nya dengan baik. Kami berkahwin dengan pengetahuan semua pihak. Alhamdulillah, bahagia milik kami. Saya tidak mahu menjadi wanita yang tamak dan juga berharap tidak diabaikan lagi seperti dahulu. Saya tidak meminta2 kerana tahu suami juag mempunyai isteri lain dan anak2. Saya juga sedar, saya menumpang kasih suami, kakak (madu) dan anak2 tiri. Tidak sekali2 ingin saya persiakan kepercayaan itu.
    Jodoh dari Allah, kegagalan perkahwinan pertama kerana poligami.. kini perkahwinan kedua saya merasa nikmat sebenar berpoligami.

  24. Thanks for your beneficial post. Through the years, I have come to understand that the particular symptoms of mesothelioma are caused by the build up
    of fluid involving the lining of the lung and the torso cavity.

    The infection may start in the chest vicinity and propagate to other
    areas of the body. Other symptoms of pleural mesothelioma cancer include weight reduction,
    severe respiration trouble, temperature, difficulty ingesting,
    and infection of the face and neck areas. It needs to be noted that some people having the disease don’t experience almost any serious signs or symptoms at all.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s