Mengaca Diri Sebagai Da’I

Mengaca Diri Sebagai Da’I 

Dalam meneliti perjalanan dakwah Islam, para da’I maupun aktivis Islam harus selalu mengaca diri dari waktu ke waktu sampai sejauh mana penghayatannya terhadap nilai-nilai Islam yang sedang diperjuangkannya. Mengaca diri, pada peringkat yang paling rendah adalah melihat diri menerusi cermin kaca yang ada di mana-mana, cermin seperti ini terdapat di banyak tempat, umpamanya kereta dan segala jenis kenderaan dimana di kenderaan terbabit pasti adanya cermin pandang belakang yang amat bermanfaat untuk melihat apa yang sedang berlaku dan telah berlaku di belakang lalaunya. Peri pentingnya cermin ini, tanpanya sesebuah kenderaan tidak akan diluluskan pengelurannya. Begitulah kepentingan sebuah cermin yang sebesar yang anda ketahui itu. 

Maka bagi seorang Da’I cermin adalah kelengkapan utama yang perlu sentiasa ada untuk digunakan dari masa ke semasa bagi menyemak iltizam, komitmen dan kesungguhan seorang aktivis terhadap kariernya  sebagai seorang Da’I, Adakah seorang Da’I masih komited menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim yang muslih.

Hal seperti ini lah yang menjadikan sebuah ‘cermin’ itu penting. Maka cermin atau kaca bagi seorang Da’I adalah masyarakat sekeliling, jiran tetangga, rakan taulan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang berada sentiasa disekelilingnya.Hendaknya mereka melihat posisi  dirinya terutama dalam hal iltizam (komitmen) terhadap nilai-nilai Islam agar tidak tergolong menjadi golongan orang-orang yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT 

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan (memilih Islam), sedangkan kamu melupakan diri (kewajipan) kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab? Tidakkah kamu berfikir?” (al Baqarah 44)            

Juga agar tidak tergolong orang-orang yang dimaksudkan Allah di dalam Firman-Nya yang lain 

“yaitu orang-orang yang sia-sia amal perbuatanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka sudah berbuat sebaik-baiknya (al Kahfi 104)            

Ayat ini sesungguhnya mampu merisaukan kita, risau kerana kita masih belum cukup sempurna dalam mengerjakan ibadah, solat kita masih di hujung waktu, tidak berjemaah ke surau/masjid, itu belum diambil kira kekhusuqkan dalam solat yang sering lalai dan leka. Tahajjud masih terlalu amat kurang berbanding mereka yang bukan aktivis maupun Da’I dan seribu satu bentuk ibadah lain yang belum di explore dan di kuasai oleh kebanyakan para Da’I yang menjadi aktivis. Kalau bukan ini, aktiviti utama seorang Da’I (untuk kuat beribadah) apakah lagi tujuan anda menjadikan diri anda seperti sekarang ini.             

Orang-orang yang sebenarnya merugi/muflis pada hari kiamat menurut islam adalah orang yang tidak dapat menyelamatkan dirinya dari siksaan neraka walaupun mereka berhasil merangkul dunia dan segala isinya. Dan, sebenarnya orang-orang yang beruntung pada hari kiamat menurut Islam adalah orang yang berhasil menyelamatkan dirinya dari dikenakan siksaan neraka, walaupun mereka gagal merangkul dunia sama sekali.. Orang yang sebenarnya beramal soleh ialah orang-orang yang berbuat baik terhadap dirinya terlebih dahulu yaitu melepaskan diri mereka dari  kepungan api neraka terlebih dahulu. Bukankah kita biasa mendengar Firman Allah SWT: 

“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besar kemurkaan Allah bahwa kamu mengatakan yang tidak kamu kerjakaan “(as Shaf 2) 

Sudah sewajarnya bagi seorang yang mengelar dirinya sebagai seorang aktivis melaksanakan tuntutan nilai keislaman terlebih dahulu untuk dirinya, bukan  untuk kemenangan di dunia sahaja akan tetapi bagi memastikan kita yang beriman (kerana menjadi da’I dan aktivis) tidak persalahkan dan dimurkai Allah hingga sempat singgah ke Neraka yang Jahannam itu. Tingkat iltizam (komitmen) seorang Da’i/aktivis terhadap Islam harus jauh melebihi tingkat iltizam orang lain (awam) yang menjadi sasaran dakwah.

Seandainya tingkat komitmen terhadap nilai keIslaman seorang Da’I sama dengan tingkat masyarakat awam yang mau diajak memilih Islam, maka dia tidak memiliki keutamaan dan kepentingan menjadi seorang Da’I yang aktivis, bahkan ia pasti menanggung dosa kepura-puraan menjadi seorang aktivis Islam didepan orang lain. (Perhatikan semula ayat-ayat al Qur’an di atas). Hal ini harus lah segera disedari kerana Allah telah melakukan bai’ah dengan mereka melalui firman-Nya:

 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syuga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Ia telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an). Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (at Taubah 111) 

Sesungguhnya kesetian para Da’I terhadap bai’ah ini bergantung kepada tingkat dan kualiti ilitizam (komitmen) mereka terhadap sikap-sikap keimanan[1] yang di isyaratkan oleh ayat berikutnya. 

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan yang mencegah dari melakukan kemungkaran, dan yang memelihara hokum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu (at Taubah 112) Sekian…Wassalam


[1] Sikap-sikap keimanan ini akan dibedah pada kesempatan yang berbeza..insyallah, namun para aktivis boleh menyemaknya terlebih dahulu menerusi ayat 112 at Taubah.

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..

Hayati Dan Fahami…


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

– Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Melihat Positif Dalam Negatif

“Biarlah hanya papan dan tanah menjadi pemisah antara jasad dan perjuangan.
Insya Allah.”

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

HAVE A WONDERFUL DAY!!!
BELAJARLAH BERSYUKUR…….