sepotong doa

Ya Allah,

berikanlah saya kekayaan ilmu,

hiasilah saya dengan sifat lambat marah dan pemaaf.

Muliakanlah saya dengan ketakwaan dan

indahkanlah saya dengan kesejahteraan

Ya Allah,

ampunkanlah kesalahan saya

kejahilan saya

dan ketelanjuran saya dalam urusan saya.

Begitu juga dalam perkara yang Engkau lebih mengetahuinya daripada saya.

Ya Allah,

sesungguhnya saya lemah.

kuatkanlah saya.

saya adalah makhluk yang hina,

muliakanlah saya.

saya miskin, kayakanlah saya.

Wahai Tuhan,

saya telah melakukan kezaliman yang teramat besar terhadap diri saya sendiri…

ampunkanlah saya……

amin ya Rabbal a’lamin

Cinta Hakiki

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai

rindulah pada seseorang yang merindui syahid

di jalan-Nya

 

Jika rindu seseorang…

moga lebih bertambah kekuatan

untuk menyintai Allah

 

Jangan biarkan rindu itu melampaui batas

hingga lupa pada cinta hakiki dan

rindu abadi hanya kepada-Nya

Pintu syurga dan neraka

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila tiba bulan Rmadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu”

                                                                                                  HR. Bukhari dan Muslim

Penawar Hati Yang Sakit

Bulan ramadhan hampir tiba dan ia merupakan ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang berpenyakit. antara penyakit tersebut ialah banyak makan yang boleh menguatkan nafsu. ia bukan sahaja memberi kesan yang negatif pada diri atau jasmani malah turut memberi kesan kepada rohani.

Lukman al-Hakim menasihatkan kepada anaknya

“Wahai anakkku! Jika perut menjadi penuh, fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan menjadi bisu dan seluruh anggota malas untuk beribadah”

Selain itu, Abu Yazid al-Busthani menyatakan bahawa ” Lapar itu adalah seumpama awan. Jika seseorang hamba Allah merasa lapar nescaya hatinya menghujankan hikmah…

Saya berharap agar diri saya sendiri dan teman-teman dapat melakukan sebanyak-banyak amal kebajikan di akhir bulan Syaaban dan mengejar fadilat bulan ramadhan. di bulan yang penuh barakah ini, kita tidak diganggu oleh tentera syaitan..

buatlah yang terbaik

Selamat Menyambut Ramadhan

alhamdulillah, kita sudah hampir memasuki bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan…sama-samalah kita berdoa agar usia kita dipanjangkan untuk menyambut bulan penuh keberkatan

Tahniah buat semua umat Islam di seluruh dunia yang akan menyambut bulan ramadhan dengan kegembiraan……