TAK ADA SEJADAH

Soalan : Oleh kerana tak ada sejadah, bolehkah digunakan surat khabar lama sebagai sejadah?

Jawapan: Tak kisahlah surat khabar lama atau baru, yang penting adalah kebersihan tempat solat. Kenapa perlu digunakan sejadah? Kerana biasanya, sejadah ini bersih. Berdasarkan hadis riwayat Tirmizi, Nabi s.a.w bersolat kadang-kadang di atas tikar kecil (al-khamrat) dan kadang di atas hamparan (al-bisath).

Begitu juga kalau hamparan itu daripada kulit haiwan umpamanya seperti kulit harimau, kulit lembu, kulit singa dan sebagainya. jika kulit itu telah disamak maka ia dihukum suci. Apabila suci, bolehlah digunakan sebagai hamparan sejadah. Suatu prinsip umum yang dipertik daripada sabda Nabi s.a.w:

“mana-mana kulit yang telah disamak maka ia suci”

Tapi bukan semua kulit. Biasalah, kulit anjing dan babi tetap dianggap tidak suci juga

petikan:Soal jawab remeh temeh tentang solat oleh ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

http://nidzamkadir.blogspot.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s