Ilmu Jawi

Penulisan jawi berasal dari tulisan arab yang telah diaplikasikan cara penulisannya didalam penulisan bahasa melayu. Semakin ramai yang tidak mahu mempelajari penulisan jawi dengan alasan sudah ketinggalan zaman. banyak karya-karya lama seperti kitab kuning yang ditulis dengan tulisan. bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam jawi, ini sangat merugikan kerana terlalu banyak ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh para ilmuwan. jawi adalah kaedah asas untuk memahami bahasa arab.

 

Saya sebagai guru jawi, saya amat menekankan kemahiran membaca dan menulis dalam tulisan jawi. saya sentiasa mempraktikkan kaedah supaya pelajar saya dapat memahami dengan cepat.alhamdulillah, hasilnya memang memberangsangkan…

 

Sekiranya ada cadangan dari pembaca atau pengalaman untuk memantapkan kaedah mengajar, saya amat mengalu-alukannya

16 thoughts on “Ilmu Jawi

  1. assalamualaikum hafiez
    sy ingin memohon maaf kerana terlambat mbalas pertanyaan hafiz.ini kerana sy dan khairole (penulis blog ini jg) br selamat bergelar suami isteri pd 24 oktober 2008 dan kwsn kg kami tiada liputan internet.

    sy kurang arif dengan darlung. mengikut kaedah pengajaran sy didalam kelas, sy msh mengamalkan kaedah biasa cuma dalam keadaan tertentu, sy akan menggunakan tanda baris utk pelajar yg lemah. alhamdulillah, kaedah ini amt berkesan kerana 2 pelajar sy yg pernah mendapat gred E dlm ujian penggal pertama telah berjaya mendapat gred A utk penggal kedua.

  2. pd pendapat sy, kaedah darlung mmg bagus kerana ia mempercepatkan kerja seperti menaip tetapi dari sudut lain, pelajar atau pengguna gagal menguasai jawi dengan baik

    maklumat lanjut,sy akan emailkan kpd hafiez

  3. assalamualikum…selamat pengantin baru…saya pelajar kursus bahasa melayu di universiti pendidikan sultan idris.kami pelajar bahasa melayu diwajibkan mengambil kursus warisan jawi.dalam kursus tersebut saya telah diperkenalkan dengan hukum darlung iaitu gabungan huruf dal,ro,lam,wau dan nga.mengikut hukum tersebut setiap perkataan yang ada huruf2 tersebut yang di akhirnya berkedudukan suku kata ke atas terbuka wajib diletakkan alif…contohnya perkataan bara,lawa,sawa dan sebagainya…alhamduliilah hukum yang diperkenalkan oleh cikgu matlob iaitu salah seorang pengasas sistem ejaan jawi moden membantu kami dalam pelajaran.kaum2 lain juga amat meminati kursus ini .

  4. assalamualaikum hafiez………
    saya pun pelajar kursus warisan jawi di UPSI. saya rasa saya pernah melihat anda sewaktu kuliah pertama. anda terlalu meminati kursus ini sehinggakan pensyarah tidak sempat menjawab kesemua pertanyaan anda tentang tulisan jawi. tahniah kepada anda kerana menunjukkan minat terhadap warisan bangsa Melayu. terima kasih.

  5. salam,.. saya student lg dan saya nak tau,macam mana nak mahir eja perkataan Bahasa Inggeris dengan menggunakan tulisan jawi? contohnya white house, England, Australia. macam mana nak eja?ada formula tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s