Doa Awal tahun

Fadilah doa awal tahun adalah membentengi diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak tiga kali, setelah solat rawatib selepas magrib pada malam 1 Muharam, maka Allah SWT. Memerintahkan dua malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama sepanjang tahun. Berikut ialah Doa Awal Tahun;

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia juga kepada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya..

” Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang sedia ada, tiada awal dan akhir bagiMu. Sesungguhnya kelebihanMu yang amat besar dan kemurahanMu yang melimpah sangat diharapkan-harapkan. Kini tahun baru telah tiba. Bersempena ini, kami memohon kepadaMu, perlindungan menghadapi syaitan yang dilaknat, konco-konconya dan tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolonganMu untuk mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Kami juga memohon kepada Mu agar kami sentiasa sedia ingin melakukan perkara yang mendampingkan diri kepadaMu sehampir-hampirnya, Wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Dan Allah merahmati penghulu kami,nabi Muhammad,ahli keluarga dan sahaba-sahabat baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan sekelian alam..

Amin ya rabbal’alamin..

Advertisements

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar bersamaan 29@30 Zulhijjah sebanyak 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat Perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu. Berikut adalah doa akhir tahun..

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat  dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia juga kepada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya…

Ya Allah, segala laranganMu telah kami lakukannya dalam tahun ini tetapi kami belum bertaubat daripadanya; sedangkan Engkau tidak redha dan melupakannya; Engkau juga berlemah lembut dengan tidak mengazab kami dan memberi peluang kami bertaubat selepas kami melakukan dosa-dosa itu; maka kami memohon keampunanMu, ampunilah kami.

Ya Allah, segala perkara yaang telah kami lakukan pada tahun ini, yang mana Engkau redhai dan janjikan pahalanya; maka kami memohon kepadaMu, wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia, agar Engkau menerimanya. Dan janganlah Engkau hampakan harapan kami, wahai yang Maha Pemurah.

Dan Allah merahmati penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahbat-sahabat Baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam”..Amiin.

Sedih kan?

Assalamualaikum…

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. 😉

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…

” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… ”

” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembah yang raya…”

“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia”

“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..

Sedih kan???
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masamembaca? berapa banyak????

Wallahualam..

Sumber : Pesanan ikhlas dari seorang kawan

Kuiz

“Seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri” ( Hadith riwayat Bukhari&Muslim)

Apakah yang dapat membuktikan bahawa kita benar-benar berharap dan ingin orang lain juga merasainya?