Doa Awal tahun

Fadilah doa awal tahun adalah membentengi diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak tiga kali, setelah solat rawatib selepas magrib pada malam 1 Muharam, maka Allah SWT. Memerintahkan dua malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama sepanjang tahun. Berikut ialah Doa Awal Tahun;

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia juga kepada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya..

” Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang sedia ada, tiada awal dan akhir bagiMu. Sesungguhnya kelebihanMu yang amat besar dan kemurahanMu yang melimpah sangat diharapkan-harapkan. Kini tahun baru telah tiba. Bersempena ini, kami memohon kepadaMu, perlindungan menghadapi syaitan yang dilaknat, konco-konconya dan tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolonganMu untuk mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Kami juga memohon kepada Mu agar kami sentiasa sedia ingin melakukan perkara yang mendampingkan diri kepadaMu sehampir-hampirnya, Wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Dan Allah merahmati penghulu kami,nabi Muhammad,ahli keluarga dan sahaba-sahabat baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan sekelian alam..

Amin ya rabbal’alamin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s