SOLAT TATAWWU’

Tatawwu’ bererti berbuat taat.

Makna mengikut istilah syara’ dan uruf bererti melakukan taat yang tidak wajib.

Solat sunat tatawwu’ ialah apa yang disuruh atau digalakkan mengerjakannya bagi orang mukallaf sebagai tambahan kepada solat fardhu dengan suruhan yang tidak mesti. Solat ini menyempurnakan solat fardhu pada Hari Akhirat jika solat fardhu mempunyai kecacatan. Terdapat hadith shahih yang marfu’ dari riwayat Ahmad didalam Musnad bahawa solat fardu, zakat dan lain-lain apabila sempurna, ia boleh disempurnakan oleh tatawwu’.

HUKUMNYA: Mereka yang melakukan solat sunat tatawwu’ diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan tidak diseksa bagi yang meninggalkannya.

Solat tatawwu’ ada yang terpisah atau berasingan daripada solat fardhu seperti solat dua hari raya, solat minta hujan, gerhana bulan dan matahari serta solat terawih.

Ulama’ Mazhab Hanafi mengatakan bahawa Solat Dua Hari Raya adalah wajib.

Ulama’ Mazhab Hambali berpendapat Solat Dua Hari Raya adalah fardhu kifayah.

Ibadah fizikal yang paling afdal adalah solat. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Beristiqamahlah, kamu tidak akan dapat untung, ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan kamu ialah solat, tidak ada yang mengekalkan wudu’ kecuali orang mu’min.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s