Keburukan babi patut jadi iktibar

Di petik dari Berita Harian Online

Oleh Dr Aminudin Mansor

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya.”

Firman Allah yang bermaksud: “Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih.” (Surah al-Mukminun, ayat 52)

Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah.”

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim.

Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.

Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Advertisements

2 thoughts on “Keburukan babi patut jadi iktibar

  1. ALLAH SWT telah memberi yang terbaik untuk umat tetapi sayangnya umat islam sekarang tidak nampak kebaikannya malah memandangkan keburukannya sahaja.. ALLAH telah melarangkan umat islam untuk makan dan menyentuh babi kerana binatang tersebut mempunyai penyakit dan memberi banyak wabak namun masyarakat sekarang tidak pernah menyelidik apa yang di nyatakan oleh ALLAH menpunyai banyak hikmah untuk umatnya tapi umatnya masih tidak mahu menilai kesempurnaan ALLAH sWT yang tidak terhingga hebatnya sehingga tidak boleh di ungkapkan melalui percakapan…

  2. Virus juga bahana drpd BABI telah lama menjadi ‘ketakutan’ pd sebahagian masyarakat. Namun persoalannya, apa PERANAN pihak2 yg bertanggungjawab, seperti pihak kerajaan, Majlis Mufti serta golongan ulama??? apakah mrk menidakkan kuasa yg ada?..mengapa BABI tidak dihapuskan?? jika kita imbau antara virus yg pernah melanda, mengapa lembu dan ayam dihapuskan sewenang-wenangnya? dan mengapa tidak BABI yg menyumbangkan byk penyakit juga masalah? Hal ini tidak bukan berkait rapat dgn faktor POLITIK. pendek kata, kita menjaga bangsa CINA yg sememangnya menggerakkan ekonomi kita, tapi kita lupa MENJAGA BANGSA SERTA AGAMA KITA…renungkan..
    Menurut sumber MALAYSIA merupakan antara pengeksport BABI terbesar di Asia Tenggara…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s