NISFU SYA’ABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Sya’aban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam kelima belas dalam bulan Sya’aban atau pada waktu siang merupakan hari ke empat belas haribulan Sya’aban.

Malam Nisfu Sya’aban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan solat.  Sungguh lama sujud baginda sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda SAW selesai solat, Baginda berkata kepada Saidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Sya’aban. Sesungguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Sya’aban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari nisfu Sya’aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan di ganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, ( 15 Sya’aban bermula pada 14 hb Sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

2. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban

Advertisements

One thought on “NISFU SYA’ABAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s