Anas Bin Malik

Anas bin Malik baru berusia 10 tahun ketika beliau mula berkhidmat dengan Nabi Muhammad. Jangka masa beliau tinggal bersama nabi genap 10 tahun. Anas peka dengan hadis yang disampaikan oleh baginda. Banyak kisah, keadaan, rahsia dan sifat mulia nabi yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sewaktu kecil, ibunya Ghumaisho’ telah mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Jiwanya dipenuhi dengan rasa cinta terhadap Rasulullah berkat didikan ibunya. Ketika Kota Yathrib dikejutkan dengan berita kedatangan baginda, hati dan perasaan untuk berjumpa dengan baginda semakin kuat.

Rasulullah memanggilnya Unais atau wahai anakku. Terlalu banyak ilmu dan nasihat serta peringatan yang disampaikan oleh baginda kepada Anas sehingga semuanya memenuhi dada dan menguasai mindanya.

Selepas kewafatan baginda, Anas hidup lebih 80 tahun selepas itu. Antara doa baginda kepada beliau ialah : “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah”. Allah telah memakbulkan doa tersebut dan beliau telah menjadi orang Ansar yang mempunyai bilangan anak yang paling ramai, paling kaya dan mendapat umur yang panjang. Anas hidup sehingga usianya 103 tahun.

Anas bin Malik merupakan perawi ketiga terbanyak yang meriwayatkan hadis nabi selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar

Bayi satu kepala dua badan di Afghanistan

SEORANG wanita Afghanistan melahirkan bayi lelaki berbadan kembar dengan hanya satu kepala di Kunduz, Khamis lalu.

‘‘Untuk beberapa hari badan kedua bayi itu hidup dan bergerak tetapi kini sudah meninggal dunia,’’ kata Doktor Homayoun Khamoosh dari Hospital Kunduz kepada AFP. Menurutnya, para doktor telah memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan badan kembar itu. – AFP

Jika Anda ingin melihat gambar bayi tersebut, sila klik pada link tersebut

Utusan Malaysia Online

Lailatulqadar?

Kali ini saya cuma ingin berkongsi apa yang saya rasai pada malam 25 Ramadhan iaitu semalam. Sejak petang Isnin selepas asar, saya terasa kesejukan walaupun saya tidak membuka kipas mahupun tingkap.Perasaan untuk beribadat terlalu kuat pada waktu malam. Laungan bacaan solat maghrib hingga solat terawih dari Masjid Kubang Kerian memang kuat.Tambah pula, flat yang saya duduki hanya 1km dari masjid.Hanya setelah jam menunjukkan 11.30 malam (lebih kurang), baru saya perasan sesuatu kelainan iaitu tiada bunyi mercun dikawasan perumahan yang saya duduki. Suasana sunyi sesangat malah jam hampir 3 pagi pun, saya masih belum terasa mengantuk malah masih bertenaga untuk membuat tugasan seorang guru. Walaupun begitu, saya terlelap akhirnya

Tiba2 saya dikejutkan dengan alunan ayat suci al-Quran yang begitu kuat sekali. Bila perhatikan jam, br 4 pagi. Owh,rupa2nya ahli masjid sedang melakukan ibadat. Mereka mengejutkan umat Islam yang berada disekitar untuk bangun beribadah sama seperti laungan ketika bacaan solat Maghrib-Terawih.Memang setiap bacaan amat jelas malah syahdu.Saya menelefon ibu di kg dan suami di Selangor untuk bangun beribadat. Ibu juga dapat mendengar bacaan tersebut ketika kami bercakap. Sebelum ini,tidak pernah kejadian seperti ini berlaku selama 24hari kita berpuasa.Kesempatan itu,saya mengambil peluang untuk beribadah.

Bila hadir ke sekolah,ada di antara guru2 yang bertanya , Adakah malam tadi malam Lailatulqadr?Mereka juga mengalami perasaan yang sama. Saya menceritakan pengalaman pada pukul 4 pagi…Saya tidak tahu samada semalam adalah Lailatulqadar atau tidak kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya

Uwais Al-Qarni

Uwais merupakan seorang pemuda yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah. Beliau berasal dari daerah Qaran di negeri Yaman dan wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi Muhammad namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Hanya  setelah kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib.

Uwais merupakan seorang pengembala kambing. Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Hal ini akhirnya terdengar oleh Uwais.  Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW  sekalipun dia belum pernah melihat atau bersua dengannya. Beliau SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (saidina Ali k.w. dan saidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib iaitu khalifah yang sahpada  ketika itu dalam Peperangan Siffin yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

Haramkah Tarian Poco-poco?

Penulis mengajak pembaca untuk berfikir dan membuat kajian sendiri untuk mendapat kebenarannya…

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib

Klik untuk sambungan seterusnya: haramkah-tarian-poco-poco