Haramkah Tarian Poco-poco?

Penulis mengajak pembaca untuk berfikir dan membuat kajian sendiri untuk mendapat kebenarannya…

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib

Klik untuk sambungan seterusnya: haramkah-tarian-poco-poco

Advertisements

20 thoughts on “Haramkah Tarian Poco-poco?

  1. Salam ukhwah saudara/saudari. Terima kasih kerana memanjangkan entri tersebut. Moga ada manfaatnya untuk Muslim sejagat. Selamat membaca.

  2. sbg seorang muslim kita sepatutnya melihat semua perkara yg hendak dilakukan dari 2 perspektif sahaja
    1) adakah ianya berlawanan dgn hukum syarak
    2) tidak ada pelanggaran hukum syarak

    Kalau dikaji cara tarian poco-poco dilakukan dgn halus, ianya mempamerkan wanita dikhalayak ramai dgn gaya yang dilarang oleh hukum syarak. Kalau tidak melibatkan khalayak ramai (termasuk penonton lelaki) munkin tiada pelanggaran berlaku dan bolehlah diharuskan.

    Ini juga merujuk kpd senamrobik

  3. Salam Sejahtera:

    Pasai tarian poco-poco lagi.

    Sekali lagi saya inggin cerita sedikit pasai bab ini kerana artikelnya di kopy atau paste daripada seorang penulis yang sama.

    Nampaknya makin hari makin ramai orang akan membaca tentang artikel ini.Dan akibatnya mungkin besar,pengaruhnya mungkin juga kuat,dan akhirnya dah tentu akan timbul satu tanda tanya kepada orang yang meminati tarian poco-poco ini.

    Sebelum kita memberi pandangan tentang artikel pengharaman tarian poco-poco tersebut,kita harus fikr lebih mendalam tentang bebrapa perkara iaitu:

    01-Darimana penulis boleh katakan poco-poco berasal
    drp Filipina dan bukan Indonesia ?
    02-Dan penulis juga kata ianya digunakan oleh orang
    kritian di Filipina untuk sembahyang,dimanakah
    bukitinya,ada gambar atau video yang menunjukkan
    mereka gunakan tarian poco-poco atau lagu poco-poco
    utk sembahyang itukah?
    03-Adakah jabatan Agama Islam telah tahu dan telah
    menjalankan siasatan tentang hal demikian dan telah
    keluarkan satu kenyataan bahawa tarian poco-poco
    diharamkan terutama oleh orang islam ?
    04-Adakah Kementerian Belia Dan Sukan atau pihak yang
    tertentu telah keluarkan kenyataan tentang hal itu ?
    05-Dan adakah penulis selalu mengunjung ke tempat
    orang buat tarian senamrobik ? Dan adakah mereka
    memakai pakaian yang meyorok mata ? Adakah mereka
    gunakan lagu yang memujah mana-mana Tuhan ?
    Adakah mereka itu kurang sopan bila buat tarian
    poco-poco dengan gaya yang macam Black Metal
    atau Breakdance ?
    06-Untuk pengetahuan,telah saya huraikan dalam
    kebanyakan web.site tentang hal ini,sila ke Google dan
    type poco-poco dan search,carilah penghuraian saya
    disitu.
    07-Saya bukan kata si penulis itu silap,tetapi saya tidak
    setuju dengan sikap penulis yang hanya terus keluarkan
    kenyatan dalam internet yang mana kita tahu ia akan
    dibaca oleh hampir semua orang dalam dunia ini.
    08-Tambahan pula tak ada kepastian,bukti yang kukuh
    daripada pihak atau badan yang tertentu.Ini bagi saya
    macam satu hasutan,dan boleh dikenakan hukuman
    dimakamah sekiranya ada orang mendakwa penulis.
    09-Memberi kenyatan yang paslu atau menipu atau
    hasutan bukan sahaja salah disegi undang-undang’
    tetapi adalah DOSA BESAR dalam agama.
    10-Saya cuma nak memperbetulkan keadaan supaya
    ramai tak keliru dengan kenyataan tersebut,kalau betul
    betul ada bukti yang kukuh,saya pun setuju bahawa
    tarian poco-poco diharamkan,tapi kalau ianya hanya
    kenyatan daripada penulis yang hanya tulis sahaja
    entah apa motifnya,maka tak baiklah sikap sebagai
    seorang manusia yang beriman.

  4. saya pula memang tak tau..tapi yg saya tau tarian poco-poco banyak di mainkan di sabah..saya juga pernah mainkan tarian ini..tetapi hanya sekadar riadah..
    bukan untuk niat yang lain..

  5. Assalamualaikum penulis dan sahabat sekelian,
    Mutaakhir ini, kita lihat tarian poco-poco mendapat tempat dalam masyarakat kita, bahkan ianya semakin berkembang berikutan ada pihak yang mengatakan bahawa ia boleh mendatangkan kesihatan.
    Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah SWT. sebelum kita terlibat dengan mana-mana perbuatan atau amalan, semestinya kita tahu dan yakin bahawa amalan itu adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, maka hendaklah kita rujuk kepada Al Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan mereka yang lebih mengetahui.
    Berkaitan dengan tarian poco-poco, saya menyokong penulis dalam mengetengahkan perbincangan ini. saya yakin bahawa hasrat penulis adalah untuk mencari kebenaran supaya kita semua tidak terlibat dalam perkara yang dilarang oleh Agama.
    Apabila kita lihat klip video poco-poco versi Indonesia, kita akan lihat di sana banyak perkara yang diharamkan oleh Allah telah dilakukan:
    1. Percampuran antara lelaki dengan perempuan yang melebihi batasan yang telah dibenarkan.
    2. Perempuan yang mendedahkan Aurat serta menampakan susuk tubuh.
    3. Gerak tari yang boleh mendatangkan ghairah.
    4. Nyanyian yang sia-sia yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah.
    Disamping itu, orang mereka tarian tersebut tidak pernah merujuk kepada para ulama’ dalam mengesahkan perbuatan mereka benar atau tidak.
    Semua telah maklum, bahawa Agama Islam tidak pernah mengizinkan ummatnya terlibat dengan perkara yang melalaikan dan perkara yang haram.
    Perbincangan tentang tarian poco-poco ini harus diteruskan, sehingga jelas kepada kita halal dan haramnya, agar kita semua diredhai oleh Allah Rabbul Izzah.

  6. Penulis….please buat research dulu baru buat statement,,dengar lirik and bahasa yg dipakai dalam lagu..bedakan dengan bahasa philipin and bandingkan dengan bahasa Manado Indonesia…kalau org pilipina bahasa nya sama baru kita boleh claim ia dari pilipina. Tapi lagu poco-poco memakai logat nort-sulawesi..manado-indonesia..Please kaji dulu baru buat statemen..ini masalah agama..sensitive lah bro..

  7. Assalamualaikum…

    Saya rasa kita tidak boleh kata benda tu haram selagi ianya hanya untuk riadah semata-mata asalkan tetap ikut tunttutan syarak iatu tidak menjolok mata/aurat dengan tujuan terpesona…tidak berpelukan antara lelaki dan perempuan walaupun muhrim kerana dilihat oleh masyarakat keliling jadi agak kurang sopan…ok!

    Bab2 asal usul saya tak tau lah…yg penting selagi kita masih punya iman insyaAllah tidak akan timbul soal benda2 mcm ni…takde percampuran yg menjurus kepada ghairah seksual,mabuk2,peluk2 dan yg penting tujuan memuja2 Tuhan selain Allah Azza Jawalla or lebih tepat memuja Syaitan…!!!ini isu agam memang sensitif besar…jgn pikir benda tu konon mcm salib dah buat kenyataan pandai2 buat hukum sendiri…lu pikirlah sendiri & renungkanlah dengan baik…jgn buat andaian dengan nafsu tapi gunakanlah fikiran yg sudah dianugerahkan oleh Allah…insyaAllah kita akn tau nanti jawapan dari segala kemusykilan ini…salam ISLAM semuanya…!!!

  8. ok skrg saya nak bagi bgtau yg pernah belajar silat cekaka asli…coba dikaji betul2 pergerakan seorang diri…ianya bentuk seperti salib dan saya sendiri belajar pergerakan ini dulu waktu remaja…kenapa x ada ikut ianya diharamkan?coba renungkanlah wahai semua baik…jadi ianya sama spt poco-poco ni tapi knpa korang x sedar2…kenapa x haram dan diharamkan oleh FATWA?

  9. Salam Sejahtera:

    Itulah,jangan buat sebarang andaian sebelum sesuatu benda atau perkara itu betul-betul pasti,ini bukan main-main,masuk pula pasai agama,pasai negara,pasai orang-orang yang ajar dan mengikuti senamam poco-poco.

  10. hoi sedara,

    apa kerja buat kita mestilah berlandaskan syariat Islam. Islam adalah agama yang cantik dan menyeluruh. dalam bab tarian poco2 ni, saya perhatikan pergerakannya menyerupai bentuk salib. itu sahaja. sama ada hukumnya haram atau harus saya tak beranilah nak cakap sebab bukan ahlinya. cuma saya rasa sekiranya ada perkara syubhat lebih baik ditinggalkan kerana perkara syubhat adalah hampir ke haram. lagipun banyak lagi tarian lain yg ada kenapa mesti poco2 saja.

  11. saudara skalian…

    melakukan sesuatu perkara itu mestilah berlandaskan islam. hiburan (nyanyian/tarian) itu sendiri pun haram hukum nya jika tidak menutup aurat(samada lelaki maupun wanita), haram jika memuja wanita,haram jika melalaikan, malah banyak lagi yg boleh sudara pikirkan sendiri.

    tarian poco-poco ini (di malaysia) hanya dilakukan bukan niat untuk memuja /mengikuti kristian.sekalipun langkahnya bentuk salib. dengan niat utk menjaga kesehatan, dan sambil itu menjaga batas2 agama…mengapa ianya tidak bisa dilakukan?

    sama juga dengan perlakuan menadah tangan (berdoa)..bukan islam pun ada menadah dan menyebut ameen..jadi, berdosakah kita menadah tangan dan menyebut ameen yang sama seperti mereka?…..

    pikirkan saudara/i

    wallahu aklam.

  12. Salam,
    Buat saudara2 ku… janganlah kita sesama kita berselisih dlm soal agama….bukankah kita mempunyanyi ahli iaitu ulam’a dalam setiap persoalan tentang agama…dan kita ada kuliah2 di masjid2 boleh kita rujuk kepada mereka… kerana dikhuatiri akan menyebabkan dosa besar kerana kita telah menjatuhkan hukum tanpa disedari tanpa ilmu pengetahuan… saya berdoa agar kita sama2 diberi petunjuk dan hidayah agar dapat melakukan ibadah dan meninggalkan apa yg dilarang.. aminnn

  13. Salam..

    Setuju dengan saudara ashim..
    perkara sebegini sepatutnya di bawa ke kancah perdebatan yang berilmiah dan beretika.
    Usah di sebabkan permasalah ini,kita berselisih dan tentu impak negatifnya kita yang merasai.. ianya sudah tentu merugikan dan menjadi tawaan kepada anti-islam..
    kita ada saluran yang betul..justeru itu gunakan akal fikiran kita sebaiknya..renung2 kn la bersama..Insyaallah
    ~belajar terus belajar~
    Al 0960

  14. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sekali.. Ingin saya nak nasihat cikit pasal poco2.. Sebenarnya kita masing2 ada ugama.. terpulang la pada agama masing adakh ia haram, halal atau harus… yang penting pada pendapat saya orang berwajib(jabatan agama islam) hendaklah meneliti atau mengkaji adakah ia patut ia harus.. sesungguhnya yang halal dan haram itu adalah nyata dalam islam.. Negara kita adalah terdiri berbilang kaum jadi tak baik kita menyalah agama lain atau kamu lain.. hendak lah kita siasat dan rujuk dahulu kepada jabatan agama islam kerana apa yang saya dengar poco2 ini sudah menjadi perkara wajib dalam sesuatu majlis.. nauzubillah…

  15. salam. saya rasa kalau bab salib ni nak jahit butang baju yang ada empat lubang pun tak boleh.pokok pangkalnya hati.bagi saya poco-poco tidak lebih dari senaman.kalau kita buat dirumah apa salahnya.kalau tidak ada percampuran lelaki dan wanita apa salahnya.terpulang kepada masing-masing.kita bukan buat pemujaan.malah lagunya boleh saja lagu malaysia.gerakannya pun pelbagai.

  16. Sabda Rasulullah:

    دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
    tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada yang tidak meragukan…

  17. KITA TUNGGU MAJLIS FATWA ISLAM JE..KALAU HARAM IKUT JE..KLAU TAK IKUT …TUNGGU DIAKHIRAT JE…ALLAH!!

  18. What’s up to every one, as I am really eager of reading this web site’s post to be updated on a regular basis.
    It consists of pleasant stuff.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s