Lailatulqadar?

Kali ini saya cuma ingin berkongsi apa yang saya rasai pada malam 25 Ramadhan iaitu semalam. Sejak petang Isnin selepas asar, saya terasa kesejukan walaupun saya tidak membuka kipas mahupun tingkap.Perasaan untuk beribadat terlalu kuat pada waktu malam. Laungan bacaan solat maghrib hingga solat terawih dari Masjid Kubang Kerian memang kuat.Tambah pula, flat yang saya duduki hanya 1km dari masjid.Hanya setelah jam menunjukkan 11.30 malam (lebih kurang), baru saya perasan sesuatu kelainan iaitu tiada bunyi mercun dikawasan perumahan yang saya duduki. Suasana sunyi sesangat malah jam hampir 3 pagi pun, saya masih belum terasa mengantuk malah masih bertenaga untuk membuat tugasan seorang guru. Walaupun begitu, saya terlelap akhirnya

Tiba2 saya dikejutkan dengan alunan ayat suci al-Quran yang begitu kuat sekali. Bila perhatikan jam, br 4 pagi. Owh,rupa2nya ahli masjid sedang melakukan ibadat. Mereka mengejutkan umat Islam yang berada disekitar untuk bangun beribadah sama seperti laungan ketika bacaan solat Maghrib-Terawih.Memang setiap bacaan amat jelas malah syahdu.Saya menelefon ibu di kg dan suami di Selangor untuk bangun beribadat. Ibu juga dapat mendengar bacaan tersebut ketika kami bercakap. Sebelum ini,tidak pernah kejadian seperti ini berlaku selama 24hari kita berpuasa.Kesempatan itu,saya mengambil peluang untuk beribadah.

Bila hadir ke sekolah,ada di antara guru2 yang bertanya , Adakah malam tadi malam Lailatulqadr?Mereka juga mengalami perasaan yang sama. Saya menceritakan pengalaman pada pukul 4 pagi…Saya tidak tahu samada semalam adalah Lailatulqadar atau tidak kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya

2 thoughts on “Lailatulqadar?

  1. salam…
    saya juga mengalami perasaan yang sama pada mlm 25 tersebut. mula2 xde la perasan sangat tapi apabila kakak saya bertanya “eh mlm ni xde budak main mercun eh?” coz selalunya bunyi mercun kuat sangat sampai saya sukar untuk melelapkan mata. keadaan ini membuatkan ktrong berfikir dan terase kelainannya pada mlm tersebut. mata terus dibuai mimpi namun lebih kurang kul 4 lbh aku tersedar kerana mungkin angin sepoi2 bahasa yang menampar masuk di ruangan kamar. atau itu hanya signal untuk gerakkan saya dari tido. saya terus bangun dan mengadap tuhan. terasa ingin beribadat tanpa henti, tak tahu kenapa berperasaan sedemikian. hati terasa sayu. mungkin kah mlm itu lailatul qadr.. hanya ALLAH yang mengetahui segalanya..

  2. memang lain sgt2 prasaan ms tu kan…doa seolah2 dimakbulkan masa tu jugak…itulah pengalaman sy utk kali pertama seumur hidup…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s