SOLAT JAMA’

Solat jama’ terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Jama’ Taqdim dan Jama’ Takhir

Jama’ Taqdim

Jama’ Taqdim ialah menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan dilakukan dalam waktu Zohor. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat Jama’ Taqdim

  1. Berniat menjama’kan kedua solat fardhu ketika takbiratulihram solat yang pertama
  2. Dilakukan mengikut tertib iaitu dilakukan solat yang pertama dahulu kemudian solat yang kedua pula
  3. Kedua solat fardhu tersebut hendaklah dilakukan berturut-turut. Selesai solat yang pertama hendaklah diteruskan dengan solat yang kedua.

Jama’ Takhir

Jama’ Takhir ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan dikerjakan dalam waktu Asar. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Isyak.

Syarat-syarat Jama’ Takhir

Solat Jama’ Takhir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi syarat berikut:

1.  Hendaklah berniat hendak menjama’kan kedua solat fardhu dalam waktu solat yang pertama. Apabila anda mempunyai niat untuk solat Jama’ Takhir dalam waktu Asar, anda perlulah niat dalam waktu Zohor. Berniatlah dalam hati hendak menjama’kan kedua solat fardhu Zohor dan Asar pada waktu Asar.

2. Jika anda tidak berniat sedemikian sehingga luput waktu Zohor, maka anda dikira berdosa dan solat fadhu Zohor hendaklah diqada’kan dan tidak boleh dijamakkan lagi

3. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehinggga selesai solat yang kedua (Asar atau Isyak). Jika anda sedang solat dalam kenderaan seperti kapal terbang dan anda mengetahui ketika itu kapal tersebut telah tiba ditempat anda maka wajiblah anda meneruskan solat dengan solat yang sempurna.

Peringatan

Di dalam solat Jama’ Takhir ini tidak disyaratkan mualat atau berturut-turut dalam mengerjakannya. Tidak disyaratkan fardhu Zohor dikerjakan dahulu diikuti fardhu Asar atau fardhu Maghrib dikerjakan dahulu diikuti fardhu Isyak sebagaimana yang disyaratkan dalam Jama’ Taqdim. Walau bagaimanapun adalah sunat jika dikerjakan dengan berturut-turut seperti Jama’ Taqdim. Ini bermakna Jama’ Takhir, solat boleh dikerjakan dahulu atau kemudian

Advertisements

SOLAT QASAR

Solat qasar ialah memendekkan solat fardhu 4 rakaat kepada 2 rakaat sahaja. Solat yang boleh di qasar ialah Zohor, Asar dan Isyak

Lafaz dan niat solat

1. Fardhu Zohor

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat fardhu Zohor 2 rakaat qasar, tunai kerana Allah Ta’ala

2. Fardhu Asar

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar, tunai kerana Allah Ta’ala

3. Fardhu Isyak

أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat fardhu Isyak 2 rakaat qasar, tunai kerana Allah Ta’ala

Qasar dan jama’ solat

Terdapat 3 cara iaitu :

Memendekkan solat fardhu empat rakaat menjadi dua rakaat

  1. menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu fardhu iaitu Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’
  2. Menghimpunkan 2 solat fardhu den mengerjakannya dengan qasar iaitu solat fardhu 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja.

 

 

 

Syarat-syarat solat qasar dan jama’

Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak dan tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.

  1. Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu.
  2. Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
  3. Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak
  4. Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir
  5. Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat
  6. Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.
  7. Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya
  8. Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.

Sikap Orang Kita

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidifitri kepada saudara pembaca yang beragama islam. Sekarang ini musim perayaan dan ramai dikalangan kita yang menghadiri Rumah Terbuka yang dianjurkan pelbagai pihak.  Menganjur dan menghadiri rumah terbuka adalah amalan mulia dan amat digalakkan oleh Agama Islam.

Emm..Bercerita tentang rumah terbuka ni, ingin saya menegur sikap kebanyakan orang kita dalam menghadiri rumah terbuka. Saban tahun saya menghadiri rumah terbuka dan ada satu sikap buruk orang kita yang kerap kali saya perhatikan setiap kali ada rumah terbuka. Apa yang saya nak tegur ialah sikap sesetengah tetamu yang mengambil makanan yang disediakan hingga penuh pinggan tapi makan hanya sedikit je. Kita maklumla, biasanya makanan dihidangkan secara bufet, jadi mungkin kita jadi geram nak makan banyak-banyak makanan yang ada.Dek kerana terlampau nak kaut seberapa banyak hidangan, akhirnya berlakulah pembaziran. Perut bukannya besar sangat pun nak sumbat makanan yang telah diambil tadi.

Saya kira saudara pembaca semua pernah melalui situasi seperti ini. Saya berharap kita semua menghindari tabiat yang suka membazir tak kiralah makanan ke apa ke, yang penting sama-samalah kita berjimat cermat.

Salam Hormat

khairole