Lelaki bersalaman dengan wanita

Amalan kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi ialah satu amalan mulia. Namun dalam menghubungkan tali silaturahim ini, masih ramai yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan adab-adab Islam terutama berkaitan batas-batas hubungan antara lelaki dan wanita. Walaupun kita digalakkan merapatkan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasnya. Salah satunya ialah hukum ajnabi. Ramai dikalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salaman antara sepupu lelaki dan wanita atau seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya termasuk dalam hukum larangan bersalaman lelaki dengan wanita ajnabi. Umaimah pernah berkata ” Kami berkata bahawa Allah dan rasulNya lebih mengasihi kami daripada diri kami. Ayuhlah kami ingin berbaiah denganmu wahai Rasulullah”.

Lalu rasulullah menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Sesungguhnya perkataanku kepada seratus wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita”