KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Advertisements

13 thoughts on “KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

  1. alhamdulillah syukur pada allah….mlm nie ana dpt ilmu yg pling bhrga ana kira…mane tdknye….ksh ini stu ksh yg mnarik..dn wjar di critekan pd stp plajar terutamanya knk-knk…

  2. bgus kisah ni,bole dijadikan teladan..dan mengingatkan umat islam betapa pentingnya bismillah utk diamalkan dalam kehidupan seharian..

  3. Ceritanya asyik dan mengajak orang untuk membiasakan diri mengucap Nama Allah SWT atau Bismillah- hirrahmanirrahim sebelum memulai sesuatu kegiatan/pekerjaan dan biasanya diakhiri dengan Alhamdulillah Hirabbil Alamin.
    Cuma akan lebih baik lagi kalau cerita diatas atau kejadian diatas disebutkan sumbernya sehingga lebih valid, soalnya sudah agak sedikit menyangkut hal yang ghaib.
    Wassalam

  4. Alhamdulillah,hari ini saya dapat ilmu adan tedalan dari kisah ini,,saya mengharapkan agar ada lagi orang diluar sana yang mahu mengikuti kisah teladan ini,,yang memberikan begitu banyak pengajaran kepada kita semua,,

  5. Alhamdulillah,hari ini saya dapat ilmu dan pengajaran daripada kisah ini,,saya amat berharap agar masih ada lagi yang mahu mengikuti kisah-kisah yang berunsurkan keislaman,,untuk menjadi teladan,,,

  6. Alhamdulillah..mlm nie brtmbah lagi ilmu y dpt mbimbing dan membantu sy ,trima kasi di atas perkongsian ilmu y brguna dan bermanfaat ini…

  7. ALHAMDULLILLAH 🙂
    terima kasih utk segala artikel yang baik dan bilmu,penuh dengan teladan dan penghayatan..
    ~belajar terus belajar~
    AL 0960

  8. Alhamdulillah.. Allah syg akan semua umat2 nya… sebab itu kita diberikan kesempatan tuk bertaubat….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s