Lelaki bersalaman dengan wanita

Amalan kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi ialah satu amalan mulia. Namun dalam menghubungkan tali silaturahim ini, masih ramai yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan adab-adab Islam terutama berkaitan batas-batas hubungan antara lelaki dan wanita. Walaupun kita digalakkan merapatkan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasnya. Salah satunya ialah hukum ajnabi. Ramai dikalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salaman antara sepupu lelaki dan wanita atau seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya termasuk dalam hukum larangan bersalaman lelaki dengan wanita ajnabi. Umaimah pernah berkata ” Kami berkata bahawa Allah dan rasulNya lebih mengasihi kami daripada diri kami. Ayuhlah kami ingin berbaiah denganmu wahai Rasulullah”.

Lalu rasulullah menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Sesungguhnya perkataanku kepada seratus wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita”

3 thoughts on “Lelaki bersalaman dengan wanita

  1. salam..kadang2 sesetengah org dah tahu tentang hukum halal haram nya bersalaman antara bukan muhrim tp oleh kerana keadaan/situasi dan kurang menitik berat menyebabkan perkara ni dibiarkan. kadangkala dapat dielak dan kadang kala jugak sukar untuk dielak terutama ketika menghadiri majlis2 keramaian. mudah2an umat islam akan lebih menitik beratkan hal ini.

  2. Assalamualaikum, sesetengah orang berilmu yakni tahu bahawa tidak dibnarkan bersalaman antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram tetapi tidak d praktik dalam kehidupan. contohnya, ketika saya menghadiri malam anugerah saintis muda, nak naik stage pn tkut gara2 pemberi anugerah itu bersalaman dengan perempuan. ketika itu dalam hati berbolak balik antara adat dan syariat. tapi, syukur Alhamdulillah setibanya giliran saya pemberi anugerah itu telah pun ditukar kepada orang lain. pengajarannya adalah yakinlah pada syariat ALLAH, jika dirasakan sesuatu itu benar teruskan saja. dahulukan syariat daripada adat. InsyaAllah, hidup diredhaiNya. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s