Kesilapan Menutup Aurat

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat  Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)


Artikal dari : http://www.zaharuddin.net/content/view/288/99/

5 thoughts on “Kesilapan Menutup Aurat

  1. assalamualaikum, mcm mana dgn seorang Qari’ah yg mengaji di atas pentas dgn suara yg lunak dan merdu (yg mungkin ada di antaranyanya lelaki yg sedang keghairahan kerana mendengar suara segemersik itu), adakah itu juga satu kesalahan?

  2. Assalamualaikum..mungkin apa yang saya naktanya ni lari sikit dari tajuk yang dibincangkan..saya just nak tanya.. saya sebenarnya dah bertunang,saya nak tahu apa batasan saya di belakang tunang saya? maksud saya,adakah saya perlu ikut cakap dia?(kedua selepas ibu bapa) dan membataskan pergaulan saya dan kawan-kawan lelaki..dan satu lagi, apa hukum nya kalau seseorang merampas/mengganggu tunang orang?

  3. roslina, batasan dengan tunang masih sebagai lelaki ajnabi(asing)..pergaulan saudari dgn tunang masih seperti dengan kawan lelaki.Ingat! dia belum berstatus suami..

    Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang
    dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.

    Dalilnya: “Janganlah kamu menjual di atas jualan saudara kamu dan janganlah merisik / bertunang atas pinangan saudaramu”.

  4. Berdasarkan kepada kaedah-kaedah usul fiqh : niat yang baik tidak sekali-kali menghalalkan cara yang ternyata salah.

    ” Wahai isteri-isteri nabi, kamu sekelian tidaklah seperti wanita-wanita yang lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s