Kebenaran

Bermula fikrah dengan fikir,

kerana berfikir datangnya zikir,

bila berzikir terserlah kebenaran

dan kebenaran itu datangnya dari Al-Quran…

Renung-renungkanlah akan kebenarannya

Advertisements

Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Uban

Abu Ramthan al-Taimi meriwayatkan :

“Saya mendatangi Nabi bersama anak saya, kemudian saya menunjukkan Rasulullah s.a.w kepada anak saya dan berkata, “Inilah Nabi Allah s.w.t. Beliau memakai 2 helai pakaian hijau. Beliau memiliki rambut yang telah beruban. Uban beliau berwarna merah”

(Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ahmad )

Sumber : Solusi Mei 2010

Musibah

“Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memikirkan dengan akal agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek”

Sumber : Solusi Mei 2010