Bahayanya sikap suka mengampu..

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita. Kata-kata tersebut  saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Surah Bacaan Ketika Mengandung

  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf– Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
  5. Surah Hujurat– Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  6. Surah Yasin– Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
  8. Surah An-Nahl– Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Akhlak

Pilihan pasangan mestilah tepat kerana akhlak anak-anak akan diwarisi dari ibubapanya.

Rasulullah mengingatkan dengan sabdanya bermaksud” Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya

-riwayat At-Tirmizi