Kewajipan Bertudung

Kewajipan bertudung

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ayat hukum di atas amat jelas menerangkan kewajipan menutup kepala dengan kain tudung (penutup kepala) sehingga ke paras dada tanpa perselisihan dari mana-mana ulamak tentang hukum yang telah ditetapkan ini. Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, bonusnya mata kaum lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki juga lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.

Oleh itu,jangan dipertikai tentang hukum bertudung apatah lagi dalam bab menutup aurat. Mereka yang seringkali suka mempertikaikan hukum bertudung adalah mereka yang mempunyai pengetahuan yang amat sedikit berkaitan isu tudung atau sengaja mengelirukan pihak lain supaya mengambil mudah dalam bab bertudung.

Semoga aurat terjaga, maruah terpelihara…Amin

2 thoughts on “Kewajipan Bertudung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s