Menolak takdir Tuhan?

Sekadar berkongsi pengalaman dan pemerhatian yang berlaku dalam masyarakat disekeliling saya dengan pembaca

Si suami sudah puas memujuk si isteri supaya menutup aurat, sentiasa mengajak untuk solat, menjaga kebersihan diri, rumah dan kawasan sekeliling, menjaga tutur kata, jaga pergaulan dan pelbagai lagi. Bertahun lamanya si suami makan hati dengan si isteri. Paling melukakan hati apabila suami mengajak isteri untuk solat tetapi isteri meludah ke mukanya. Mungkin si isteri sudah muak mendengar perkataan solat, solat, solat, solat dan solat setiap masa. Si suami terlalu sedih lantas berdoa didepan isterinya “Ya Allah, izinkanlah aku berkahwin lagi dengan isteri yang berpegang teguh dengan perintahMu kerana aku sudah tidak mampu mengubah isteriku ini”…..Dengan takdir Allah, doa dimakbulkan…

Mengapa bila suami kahwin lain, isteri mesti memberontak sedangkan dahulu dialah yang selalu mencabar suaminya? Poligami itu dihalalkan namun hati isteri tidak mahu menerimanya. Pelbagai pertanyaan diberikan oleh si isteri kepada si suami kerana sudah berkahwin lain. Paling tidak, isteri mesti mengungkit perangai suami yang tidak elok, mempersoalkan tanggungjawab yang dikira tidak layak bagi si suami tambah cawangan dan pelbagai alasan lagi. Lalu suami memberi penjelasan, isteri pertama mula mendengar kata suami dan mengikut segala permintaan suami. Hakikatnya, isteri yang tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya yang lebih besar kepada Allah pasti akan menganggap perintah suami itu, remeh temeh. Bermulalah kehidupan berpoligami dengan harmoni.

Isteri pertama dan kedua memang mempunyai hubungan yang baik hinggalah pada satu hari, isteri tua telah berkunjung ke rumah isteri muda. Saat mata isteri tua melihat hiasan didalam rumah madunya yang begitu kemas, cantik telah membuatkan hatinya dihasut iblis dan konco-konconya. Pelbagai syak wasangka mula bermain difikiran. Selepas pulang dari rumah madunya, isteri tua terus mengasak suaminya dengan pelbagai pertanyaan sehingga hal tersebut berpanjangan. Isteri pertama sememangnya mengetahui, madunya yang masih belajar di ipta itu memang rajin mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Barangan didalam rumah adalah hasil penat lelah isteri kedua yang mencari nafkah malah si isteri tua juga pernah menerima pelbagai hadiah barangan rumah dari isteri muda.

Anak-anak perempuan isteri tua belajar di sebuah ipta dan tinggal di asrama berdekatan dengan rumah ibu tirinya. Mereka selalu menghabiskan masa hujung minggu dirumah tersebut. Ibu tiri mereka tidak boleh menerima perangai anak tirinya yang suka bangun lewat, suka sepahkan rumah, tidak solat, suka bawa balik kawan, suka bercakap kotor dengan anak kecilnya dan pelbagai perkara yang tidak senonoh telah menyebabkan ibu tiri mereka meletakkan syarat jika mahu tinggal disitu. Wajib solat, bangun awal, tidak menyelerakkan rumah, tidak dibenarkan bawa balik kawan ketika ibu dan ayah tiada dirumah dan membantu ibu mengemaskan rumah. Anak-anak tirinya mula memberontak dan mula mempersoalkan syarat yang diberikan. Ini kerana ibu mereka tidak pernah meminta mereka berbuat sedemikian dari kecil hinggalah mereka besar.

Maka bermula sketsa yang tidak enak didengar dan dilihat oleh sesiapa saja. Anak-anak mula membuat perangai bila si ayah menegur kelakuan mereka yang selalu berkasar dengan ibu tiri. Bila ditegur, si anak terus menyalahkan si ayah dengan alasan “sebab ayah kahwin lagi satu, saya jadi begini. Ayahlah yang patut bertanggungjawab dengan semua ini”. Kesian si ayah bila si anak mula mengungkit sedangkan si ayah telah memenuhi tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Pelbagai kesalahan mula dilemparkan kepada si ayah. Ayah mula tertekan dengan perangai anak-anaknya yang mula kurang ajar. Pelbagai kata nista telah dilemparkan kepada ibu tirinya didalam facebook. ini menyebabkan ibu tirinya naik angin. Memang kecoh jadinya. Payah jugak nak menegur anak tiri yang sudah biasa dengan kehidupan sebegitu. Bila ditegur, mula la ibu tiri menjadi tempat cacian. Bila situasi telah menjadi buruk, si ibu pula mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan. Hanya doa dan nasihat ibubapa yang mampu diberikan oleh kepada anak (isteri kedua) agar tabah mengharungi dugaan hidup.

Lupakah anak-anak ini, disaat mereka mendapat berita, ayah kahwin lagi, merekalah antara yang paling gembira?Sehinggakan satu ketika, mereka sanggup meminta si ayah menceraikan ibu sendiri kerana ibu tiri mereka jauh lebih bagus dari ibunya. Mungkin kerna ibu tiri menjaga solat 5 waktu, pandai memasak, pandai menghias rumah, pandai bergaul dengan anak-anak tiri, suka membelanjakan wang untuk mereka adik-beradik dan sebagainya lantaran ibu mereka tidak mampu membuat semua itu dengan alasan ibu mereka memang pemalas.

Bagaimana sikap dan keadaan pasangan, tak usahlah kita mengungkit-ungkit malah menjaja cerita untuk santapan halwa telinga manusia yang lain. Cukuplah keburukan pasangan tersimpan didalam rumah atau dengan kata lain, terkunci didalam bilik tidur. Apabila kita telah membawa ia keluar dari rumah, manusia akan nampak keburukan kita yang suka menceritakan keburukan orang, tidak boleh simpan rahsia dan nampak bodoh dimata manusia. Bila terjadinya sebegini, orang sudah tidak hormat diri kita malah dalam diam, mereka akan mempersendakan keaiban diri kita.

Bila kita fikir-fikirkan, poligami antara perkara yang termasuk dalam rukun iman iaitu Beriman Dengan Qada’ Dan Qadar. Poligami tidak salah malah menolak kenyataan bahwa diri telah dimadukan, diri telah ada ibu tiri boleh diertikan menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Bila takdir telah menetapkan orang yang kita sayang telah kembali menghadap Ilahi, kita mampu menerimanya. Mengapakah takdir berpoligami ini pula dipersoalkan? Sesuatu yang telah berlaku, tidak patut kita menyalahkan sesiapa. Bila dipersoalkan seolah-olah kita mempersoalkan kuasa Allah.

Kehidupan ini terlalu sekejap untu dibazirkan dan membiarkan hari-hari yang berlalu dengan diiring dosa dan maksiat. Takut-takut kita akan menangis tanpa henti bila ajal sudah mendatang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s