Laman Nurani Fan Club

Apa khabar sahabat semua?Saya doakan kerahmatan dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama sahabat. Disini say ingin menguar-uarkan tentang kewujudan facebook Laman Nurani Fan Club. Sahabat boleh klik https://www.facebook.com/lamannurani? untuk melihat update terkini dari kami.

Nanti singgah ye

Advertisements

Asbab penurunan ayat zihar

Satu peristiwa telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa’labah telah dizihar oleh suaminya yang bernama Aus bin Shamit dengan lafaz, “Engkau ini adalah bagiku seperti punggung ibuku.”

Dengan ucapan sedemikian, Khaulah merasa bimbang kerana menurut adat  orang Arab di zaman jahiliah, perbuatan suami yang menziharkan isteri itu adalah sama hukumnya dengan menceraikan isteri. Kerana kebimbangan itu, Khaulah telah pergi mengadu kepada Rasulullah SAW tetapi di masa itu, beliau tidak mendapat apa-apa penerangan mengenainya dari Allah SWT, lantaran tidak dapat memberikan apa-apa keputusan. Khaulah tetap ingin mengetahui kedudukannya sebagai isteri, maka Allah SWT telah mewahyukan ayat tersebut.

Dalil Zihar

“Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun.” -Al Mujadalah:2.