Uih, senangnya tapi payah nak buat…

Aduhai muslimahku…Sayangkah anda kepada nabi sedangkan apa yang nabi suruh pun tak buat, tutup aurat pun tak sempurna.

Insya Allah, aurat 100% tertutup masa solat tapi kenapa lepas solat, buka telekung terus dedah aurat. Dari atas ke bawah dah tutup tapi stokin pulak tak pakai..Adus…Eh eh pakai baju kurung tapi lengan pulak terdedah.Nampak kulit yang putih melepak…Lor,dia ni pakai seluar ketat,baju adik rupanya.Tertepuk dahi orang yang melihatnya…

Adakalanya saya berfikir, kenapa muslimah sanggup memakai telekung yang besar, labuh, tutup semua anggota tubuh badan kecuali muka je yang nampak semasa solat?Pakai sebab adat atau patuh perintah Allah? Bertuah muslimahku yang memakainya kerana patuh perintah Allah untuk menutup aurat.Insya Allah, selepas buka telekung akan kekal menutup aurat selaras dengan perintah Allah dan rasul. Bagaimana pula dengan mereka yang lepas buka telekung, terus memperagakan auratnya kepada orang ramai?Ada sesuatu yang tak kena dengan solat anda jika anda masih tidak mampu menutup aurat. 5 minit boleh bertahan untuk berada dalam telekung tapi kenapa tidak teruskan seumur hidup?

Solat fardhu 5 kali sehari.Bila direnung2, hebatnya cara Allah mendidik kaum muslimah supaya sentiasa menutup dan menjaga aurat. Didikan secara halus dan memujuk ini rupanya ada banyak hikmah2 yang tak mampu difikirkan. Lumrah manusia yang sering terlupa dan perlu sentiasa diperingatkan.Perintah sebegini amat sesuai buat muslimah kerana kita sendiri sedar, penghuni paling ramai dalam neraka adalah wanita!!!

Ada yang menjawab, saya tak tutup aurat tak apa asalkan saya banyak berselawat kepada nabi Muhammad. Nanti di akhirat dapat duduk dekat dengan nabi.Uishhh…lantangnya mulut. Nabi suruh tutup aurat, tak nak ikut.Perlekehkan ajaran baginda pulak tu.ADAKAH NABI AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA KITA DI AKHIRAT..JIKA DI DUNIA KITA SENTIASA MELAWAN NABI? Memang nabi seorang yang penyayang tapi nabi tegas dalam bab berkaitan perintah Allah.

Betapa Allah dan rasul menyayangi kaum muslimah. Bertuahnya dirimu…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s