Misi Yang Agung

Ketahuilah bahawa;

Tidak Ada Urusan Yang Lebih Penting Bagi Seorang Hamba Melainkan Dari Mencari SIAPA TUHANNYA…

MasyaAllah hebatnya kalimah ini.. Yang dengannya ia memberi aku seribu satu peringatan dan pedoman hidup ini.

Terima kasih Ya Allah, Tuhan Pemilik Alam Ini di atas nikmat yang Engkau berikan padaku.

Amiin..

Advertisements

Bahayanya sikap suka mengampu..

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita. Kata-kata tersebut  saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Halal Haram

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja. Amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dinikmati melebihi 60 tahun. Justeru mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulnya tanpa mengira soal haram?

Malangnya diri sering terlupa bahawa kematian ialah penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah dari jalan yang halal sahaja…

Petikan kata-kata : Ustaz Zaharudin Abd Rahman