Pastikan logo halal sebelum beli

Tiada kandungan lemak babi dalam tin laici tapi syarikat yang sama keluarkan babi dalam tin! FIKIRKAN….

MAKA WAJIB PASTIKAN HANYA PRODUK MEMPUNYAI LOGO HALAL YANG SAH BARU BELI!

 WAJIB PASTIKAN HANYA PRODUK MEMPUNYAI LOGO HALAL YANG SAH BARU BELI!

WAJIB PASTIKAN HANYA PRODUK MEMPUNYAI LOGO HALAL YANG SAH BARU BELI!

sumber : https://www.facebook.com/SahabatHalalMalaysia

Advertisements

Bayi satu kepala dua badan di Afghanistan

SEORANG wanita Afghanistan melahirkan bayi lelaki berbadan kembar dengan hanya satu kepala di Kunduz, Khamis lalu.

‘‘Untuk beberapa hari badan kedua bayi itu hidup dan bergerak tetapi kini sudah meninggal dunia,’’ kata Doktor Homayoun Khamoosh dari Hospital Kunduz kepada AFP. Menurutnya, para doktor telah memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan badan kembar itu. – AFP

Jika Anda ingin melihat gambar bayi tersebut, sila klik pada link tersebut

Utusan Malaysia Online

Benua Asia gelap

Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah

TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.

Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.

Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.

sumber dari : http://www.bharian.com.my