Misi Yang Agung

Ketahuilah bahawa;

Tidak Ada Urusan Yang Lebih Penting Bagi Seorang Hamba Melainkan Dari Mencari SIAPA TUHANNYA…

MasyaAllah hebatnya kalimah ini.. Yang dengannya ia memberi aku seribu satu peringatan dan pedoman hidup ini.

Terima kasih Ya Allah, Tuhan Pemilik Alam Ini di atas nikmat yang Engkau berikan padaku.

Amiin..

Bahayanya sikap suka mengampu..

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita. Kata-kata tersebut  saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

Sumber dari : fadzilahkamsah

Wahai gadisku

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentu kau tahu bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat malu……….satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu didalam penjaranya. MALUlah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmat para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”

Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malu mu itu, kau boleh melakukan apa saja yang aku mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejaht-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!!!!!!!!

Wal’iaazubillah!!! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya. Kesian dia… di dunia terhina di akhirat merana…

Wahai Gadisku

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyah yang berupa paras seperti yang ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. Cuma disini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupamu yang perlu kau ukirkan dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a)      Ikhlas hati kepada Allah

b)      Bersikap benar dalam segala keadaan

c)      Tetap pendirian dalam perjuangan

d)      Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w atau hidup dalam lingkungan syarak

e)      Sentiasa redha dengan qada’ Allah

f)        Gigih berikhtiar sebelum bertawakkal/berserah diri

g)      Meninggal jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan

Apabila bahan-bahan itu diadun dengan baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata ditengah-tengah pepasir bukannya kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan takwa. Biarlah make-upmu dicampur dengnan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar yang tidak mudah dipetik. Namun ianya amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a)      Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!

b)      Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup merempuh angina bukan menurut angin

c)      Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum menerima perlu memiliki sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian

d)      Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama

e)      Bertindak mencari kekayaan dan mencipta peluang. Bukannya bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan

f)        Membuang tiga sifat orang-orang kecil sejauh mungkin iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar/berdebat

Semua ramuan di atas berupa sabar, berlapang dada, berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga : Jadilah penyuluh bukan pembunuh

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima cahaya dan tembus oleh cahaya. Antara bahan yang diperlukan ialah:

a)      Ibadah syakhsiyyah

b)      Nasihat dan kata hikmat

c)      Budi pekerti mulia dan adab sopan berharga

d)      Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w

e)      Petunjuk Allah yang utama iaitu Quran yang mulia

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya. Maka inilah sinarnya untuk menyukuh jalan hidup : al-Quran, Hadis, akhlak, nasihat dan ibadah. Cunalah, kau akan menjadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan

Senjata lidah ialah bahasa

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identity yang mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah DIET dan penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu. Sesungguhnya serbat yang ku kumpulkan itu bias menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan permata, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata ditengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku

Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta, seandainya terdapat di dalam suratku ini kesilapan yang tak dapat ku temui. Besarlah harapanku darimu Wahai Gadisku agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan…………..ingatlah selalu bahawa :

“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin” AN-NUR :3

“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” AN-NUR:26

SEKIAN, BUATMU WAHAI GADISKU………..

Penulis :            MOHD NORDIN BIN JAFAR

PERMATANG RAMBAI, PASIR PUTEH, KELANTAN, MALAYSIA

B.A (H) AL-AZHAR

Pada : 18 Nov 1996

9.50 pagi

Petikan dari Majalah As-Saniah 1996, bil.4, Sek.Men. Ugama Arab Saniah,Pasir Puteh Kelantan