Solat dalam al-Quran

Di antara dalil yang terdapat didalam al-quran berkenaan solat ialah :

Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan Qur`anal fajri. Sesungguhnya Qur`anal fajri itu disaksikan” (QS. Al-Isra`: 78)
Menurut para mufassrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat iaitu sesudah matahari tergelincir iaitu solat Zohor dan Asaar. Sedangkan gelap malam adalah solat Maghrib dan Isya` dan Qur`anal fajri iaitu solat subuh.

Kekuasaan Allah S.W.T

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.

Al-Baqarah 164