Keputihan

Keputihan adalah najis. Ia wajib dibasuh dan membatalkan wuduk. Wanita yang mengalami keputihan yang terlalu banyak secara berterusan, maka hukumnya seperti wanita istihadah. Dia perlu membasuh kemaluannya setiap kali masuk waktu solat, ambil wuduk dan terus solat. – sumber maklumat dari Fikah wanita, majalah Anis Julai, 2011-

Amalan sunat dibulan Rejab

Bulan Rejab juga dikenali Bulan Allah. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah:

  1. Puasa 1 hari : Mendapat keredhaan yang besar dari Allah
  2. Puasa 2 hari : Mendapat kemuliaan dari Allah
  3. Puasa 3 hari : Akan diselamatkan dari Allah dari bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal
  4. Puasa 7 hari : Ditutup 7 pintu neraka
  5. Puasa 8 hari : Dibuka 8 pintu syurga
  6. Puasa 10 hari : Allah akan memakbulkan permintaannya
  7. Puasa 15 hari : Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
  8. Tambahan puasa menambahkan pahala
  9. Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali atau lebih
  10. Perbanyakkan membaca al-Quran
  11. Memperbanyakkan doa, istighfar, bersedekah dan lain-lain
Artikal dari : Buku Amalan Harian Sepanjang Zaman
                           Disemak semula oleh Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus