Fatimah Az Zahrah

Fatimah Az Zahrah, ratu wanita syurga yang sewajarnya menjadi tauladan. Hayati kehidupannya agar nanti kita mampu mengharungi kehidupan dan menempuh jalan yang membawa kita pulang dengan selamat.
1- Mencari Keredhaan Ibu Ayah
2- Mementingkan orang lain dari diri sendiri
3- Menghormati suami dan Redha dalam kehidupan
4- Ikhlas beribadat kepada Allah

Advertisements

Anas Bin Malik

Anas bin Malik baru berusia 10 tahun ketika beliau mula berkhidmat dengan Nabi Muhammad. Jangka masa beliau tinggal bersama nabi genap 10 tahun. Anas peka dengan hadis yang disampaikan oleh baginda. Banyak kisah, keadaan, rahsia dan sifat mulia nabi yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sewaktu kecil, ibunya Ghumaisho’ telah mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Jiwanya dipenuhi dengan rasa cinta terhadap Rasulullah berkat didikan ibunya. Ketika Kota Yathrib dikejutkan dengan berita kedatangan baginda, hati dan perasaan untuk berjumpa dengan baginda semakin kuat.

Rasulullah memanggilnya Unais atau wahai anakku. Terlalu banyak ilmu dan nasihat serta peringatan yang disampaikan oleh baginda kepada Anas sehingga semuanya memenuhi dada dan menguasai mindanya.

Selepas kewafatan baginda, Anas hidup lebih 80 tahun selepas itu. Antara doa baginda kepada beliau ialah : “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah”. Allah telah memakbulkan doa tersebut dan beliau telah menjadi orang Ansar yang mempunyai bilangan anak yang paling ramai, paling kaya dan mendapat umur yang panjang. Anas hidup sehingga usianya 103 tahun.

Anas bin Malik merupakan perawi ketiga terbanyak yang meriwayatkan hadis nabi selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar

Uwais Al-Qarni

Uwais merupakan seorang pemuda yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah. Beliau berasal dari daerah Qaran di negeri Yaman dan wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi Muhammad namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Hanya  setelah kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib.

Uwais merupakan seorang pengembala kambing. Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Hal ini akhirnya terdengar oleh Uwais.  Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW  sekalipun dia belum pernah melihat atau bersua dengannya. Beliau SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (saidina Ali k.w. dan saidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib iaitu khalifah yang sahpada  ketika itu dalam Peperangan Siffin yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

Ummi Sulaim bt Milhan

Ummi Sulaim adalah antara wanita yang pertama berbaiat (menyatakan keislaman) dengan Rasulullah bersama anaknya Anas. Suaminya Malik b. Nadzar telah membantah akan keislaman Ummi Sulaim tetapi sedikitpun tidak diendahkannya. Malik b.Nadzar akhirnya dibunuh oleh perompak semasa dalam perjalanannya ke Syam untuk berniaga. Selang beberapa waktu datanglah Abu Talhah yang masih musyrik ketika itu untuk meminang Ummi Sulaim bagi dirinya. Jawab Ummi Sulaim. “Wahai Abu Talhah! Sedarkah engkau bahawa antara kita amat berbeza”.

          “Engkau masih menyembah Tuhan batu yang tidak boleh memberikan apa-apa manfaat padamu. Apakah engkau tidak merasa malu dengan perbuatan bodoh kamu itu padahal kamu adalah orang yang berakal dan berbudi pekerti yang baik. Aku tidak akan menerima lamaranmu itu selagi kamu masih dalam kesesatan”. Akhirnya Abu Talhah dengan ikhlas menyatakan keislamannya lalu mereka berkahwin. Hasil dari perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak bernama Abdullah b.Abu Talhah.

          Ummi Sulaim juga pernah menyertai beberapa peperangan bersama Rasulullah antaranya Perang Uhud. Dalam peperangan ini, beliau telah merawat luka, menyediakan makanan dan minuman mereka. Begitu juga dalam Peperangan Hunain walaupun pada masa itu dia sedang mengandung tetapi dengan pisau yang terselit dipinggang, dia akan mempertahankan dirinya dan juga kaum muslimin agar tidak melarikan diri dari medan pertempuran. Demikian semangat yang ditunjukkan oleh wanita di zaman Rasulullah.