Iman tidak dipaksa

Oleh Minda Dr. Maza

KITA mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang.

Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.

Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak. Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.

Klik disini untuk sambungan

Petikan dari : Utusan Malaysia Online

Advertisements

Jagalah SOLAT

Solat adalah tiang agama. Apabila sempurna solat seseorang itu, maka baiklah akhlaknya dan jika solatnya masih terumbang ambing, akhlaknya turut sama bergolak.
Ibubapa, guru, masyarakat malah pemimpin sentiasa mencari alternatif untuk mengekang masalah remaja. Pelbagai kaedah dilakukan dan antaranya PLKN, kem motivasi remaja, Belia Benci Dadah dan sebagainya. Bagi umat Islam, solat mencerminkan perilaku seseorang. Jika sempurna solat maka sempurnalah iman dan akhlaknya. Ada yang solat tetapi masih berperangai tidak elok apatah lagi mereka yang tidak solat dan perangai mengalahkan iblis dan kaum kerabatnya.
Iblis dihina kerana tidak mahu sujud kepada Adam lantaran Adam dijadikan daripada tanah tambahan pula dirinya dijadikan daripada api malah memegang jawatan sebagai Ketua Malaikat. Iblis berjanji untuk menyesatkan generasi Adam kecuali sedikit sahaja yang terselamat dari godaannya. Kita sendiri sudah dihina oleh iblis tetapi kenapa masih ramai yang mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan? Mungkin kerana kita tidak nampak rupa sebenar Iblis dan konco-konconya disaat mereka berjaya memperdayakan kita. Jika manusia yang menghina kita, pasti pelbagai reaksi yang akan kita tonjolkan. Mungkin ada yang akan bergaduh atau membunuh kerana dihina atau mungkin ada lagi perbuatan yang diluar kawalan kita.
Saya selalu mengingatkan diri, pelajar supaya menjaga solat dengan sesempurnanya. Ramai manusia rosak kerana tidak menjaga solat malah ada yang tidak tahu solat. Na’uzubillah…
Semasa perjalanan Nabi ke Sidratul Muntaha, Nabi telah dilihatkan dengan satu kaum sedang menghantukkan kepala ke batu disebabkan semasa hidup, solat dipermudahkan. Bagi sesiapa yang masih tidak cukup solat 5 waktu atau malas untuk solat, cubalah hantukkan kepala anda dengan kuat ke batu atau ke tempat-tempat keras. Buktikan siapa yang lebih kuat. Anda yang malas solat atau batu yang kuat???